My Other Blog
January 11th, 2008 by naiazCheck out my latest post at
http://naiaz.blogspot.com
Check out my latest post at
http://naiaz.blogspot.com
Kunci Khazanah
Selalu kan kalau pagi2 time tengah aku bersiap2 mo pigi opis
(cooking, pressing my baju kurung, mandi, siapkan zizou), husband aku mesti
pasang channel Astro Ria pasal ada Kunci Khazanah. Jadi, pagi2 ja aku mesti
riuh menjawab mana2 soalan yang aku tau (kalau tidak tau, riuh juga, pasal aku
keep guessing the answer).
Tapi pagi ini, selain daripada aku menjawab soalan, mulutku
juga bising mengutuk peserta yang join Kunci Khazanah tu.. pasal? Macam ntah apa2
ja… macam bungung ja… banyak beli jawapan daripada agen ja.. aku yakin dorang
terer, maybe lebih terer dari aku.. mungkinkah mereka nervous? Then, soalan
paling kacang pun mereka tidak ble jawab? Hmm… tatau le saya… kalau ada rezeki,
saye pun nak join jugak…
DiGi
Sekarang aku bertambah gembira kalau bekerja di opis. Sebelum
ni gembira juga, tapi ada less sket. Pasal sebelum ni, DiGi coverage di opis
aku mmg macam hmm…. Males aku… tapi semalam, aku terperasan yang Digi coverage
di hp aku full bar memanjang… dari aras 5 sampailah la ke basement tempat
parking kereta..(yang tingkat atas2 tu, sah2 full bar)…
Sudah lama aku berura2 mau tukar ke maxis ka, celcom ka… tapi tidak pernah buat… pasal aku ni adalah
loyal customer of Digi.. dorang pernah bagi aku ‘airtime terpijak’ or durian
runtuh sebanyak RM888 yang aku habiskan hanya dalam masa 3 bulan sahaja..
hahaha…
Sekarang, aku tidak lagi guna prepaid.. nombor yang prepaid
tu aku bagi sama si nurul, adik aku. Aku sekarang pakai postpaid… dan dengar
khabar, Digi pun bakal menyediakan perkhidmatan 3G to the customer… bagus,
thumbs up to Digi… apa2 pun, sebenarnya aku puas hati ja dengan Edge dorang ni…
much more better than using TMNet dial up. (mestilah dude…).. I’m reluctant to
use Streamyx, pasal aku malas kan menginstall2 ni… mau pakai wireless broadband
dari celcom and maxis? Hm… aku malas mau tambah surat cinta (bills!!!!!) setiap
bulan…
Anyway, I love my Digi… he will follow me where ever I will
go… dan ZIzou pun suka dengan Digi punya iklan di TV… and my best friend pun
kerja dengan Digi… kiranya aku dengan
Digi ni mmg berjodoh la…
Zizou
Hari ni, zizou sudah pun berumur 1 tahun 2 minggu 2 hari..
dia belum pandai berjalan.. dan amat marah sekiranya tangannya dipegang untuk
bertatih.. juga amat marah kalau dimasukkan dalam walker.. dia suka buat kerja
sendiri.. cruising di sofa, memanjat kerusi, panjat walker, panjat coffee
table..
Kalau dia mau bergerak lebih pantas, instead of merangkak,
dia akan meluncur dengan menggunakan bantal, bangku kecil ataupun walkernya.
(pegang objek2 tu untuk berjalan, macam tongkat gitu)…
Weekend baru2 ni, dia sudah menunjukkan skillnya berdiri
sendiri.. dan sudah bertatih sendiri 6-7 langkah… aku pula lebih2 excited… setiap
kali dia terduduk lepas 6-7 langkah tu, mesti aku peluk dia sambil tepuk tangan…
rasa macam mau menangis pun ada… gembiranya menjadi seorang ibu..
Sepanjang bulan ni dan akhir bulan lepas (just after raya)…
aku busy dengan outstation yang bersilih ganti.. week after week… 3 days and 2
nights for a trip… lepas tu, terpaksa meninggalkan Zizou bersama daddynya…
huhuhuhu…
Daddy Zizou? He did a great job… aku saja ja tinggalkan
Zizou dengan daddynya without any help from anybody (kecuali kalau sebelah
siang..still the same routine, hantar Zizou ke rumah mbahnya).. biar la sebelah
malam just the two of them.. daddy and zizou… biar dorang bonding lebih erat
lagi…
Aku ada 4 trips… Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu dan
Johor Bahru… yg first pi KB tu, Zizou mengamuk sakan… pi Kuching, lagi dia
mengamuk sampai mogok tanak susu… pi KK pula, aku bawa dia (singgah sekejap di
Labuan).. daddynya tinggal di KL, jadi orang bujang kejap… pi JB, sekali lagi
daddy jadi bapa tunggal..tp kali ni Zizou amatlah well behave… good boy…
Aku mo bagi review pasal hotel yang aku stay sepanjang aku
outstation tu…
Hotel Renaissance Kota Bharu…
Very nice room… dia bagi 4 bantal yang amatlah selesa…
single bed yg amatlah spacious untuk sorang tidur… (roommate aku cakap, kalau
time tidur dia tidak tau aku dimana…bawah bantal ka, bawah selimut ka..mana2 ka..aku
tenggelam dalam lautan bantal)…service? Boleh la… food was bland dan ntah hape2…
aku bagi 3.5 star out of 5…
Aku belanja besar di KB ni… almost RM600…beli baju batik,
keropok dan serunding…and also my gold earring…hehe… nak merasa emas Kelantan…
Hotel Crowne Plaza Riverside Kuching
Antara semua 4 hotel… ni la aku paling suka banget… very
nice room… various options for breakfast… looking forward to stay at this hotel
for my next visit to Kuching… (kalau ada rezeki)… good service…
Aku belanja tade la besar sangat di Kuching.. beli kek lapis
Resipi Warisan (sedap banget..not only good looking but fine tasting also)..
beli terubuk masin… typical ole2 from Kuching… aku bagi 4.8 star out of 5…
Hotel Palace Kota Kinabalu (was known as Berjaya Palace)
Boleh la… baru renovate… bilik hotel dia kalau install di
rumah mmg kelas… no bathtub… (boring… kalau ada senang bagi mandi Zizou)…
service? Boleh la… food ok… aku bagi 3 star out of 5…
Tak belanja apa pun.. kecuali belanja Nurul dan bapa aku
makan… lepas tu setakat beli ikan bilis, udang kering…
Hotel Selesa Johor Bahru…
Of all 4 hotels… yang ni la paling ntah hapa2… no remote
control for tv, no hairdryer (semua pun mau kena minta dulu..lembab)… lepas tu,
ble ambil used towel tp bagi fresh towel lepas kena request pada pukul 6 petang.. what the heck..tisu
toilet pun mo kena request jugak… service? Hmm… but the food is ok….aku bagi 2
star out of 5…
Di JB ni… aku beli otak2 kempas 100 keping… hehehe… RM30 only…
Hi kengkawan… sori la kerana tidak balas segala comments
tu.. aku busy bangat deh. Outstation manjang. ni pun besok kena terbang lagi. So,
selamat hari raya (walaupun zulkaedah sudah menjelma).
Aku makin kurus? cengkung? Hmm… memang tidak dinafikan
lagi. But, i ain’t dieting. Aku pun heran. Selera makan aku ok ja, dan aku rasa
energetic saja.
Adik aku cakap, mungkin aku terkena penyakit kadar
metabolisma terlebih. Since ada baby ni, multitasking skill aku sudah semakin
tajam. Aku ibarat lipas kudung yang ada lebih kaki.
Care to learn? Do give birth urself a baby. Not just an
ordinary baby. Makesure when he/she is 5 mth old, he is as active as an
athleteman.
Plus, to do your house chores, do not asking help from
anybody (name it your mom, maid - sesapa yang pompuan la - kalau lelaki, tu
bukan help sebenarnya. Because man never help actually. Sorry darling!). Bila
seorang ibu buat kerja sorang, then she is an active mother.
Ada lagi satu, do breasfeed your baby. Seorang baby yang
active akan menghisap segala kalori daripada seorang ibu yang aktif.
I’m not proud actually. Mula2 aku pun buat dek saja bila
orang cakap aku makin kurus. Aku tidak pernah mau jadi kurus, tapi aku suka
kalau aku jadi slim and fit. Berat aku sekarang lebih ringan daripada zaman aku
study dulu. Berapa? 36kg only. (Tapi aku pun pendek ja, ngam la kali)..
Bila sudah terlampau ramai yang komplen aku kurus, ditambah
lagi dengan desakan parents aku yang mau aku buat medical checkup, aku jadi
tidak keruan.
I did ask my doctor, perlukah aku buat checkup? Makan ok?
OK. Tidur ok? OK. Ada pening? Tade. Tension or sedih? Tade. Then the doctor
said, ok je la kot. Tapi dia bagi aku vitamin pasal dia kata aku menyusukan
baby. So, breastmilk pun akan jadi lebih berkhasiat.
Apa2 la… yang penting aku rasa sihat. Anak aku gembira. Suami
aku gembira. (sebenarnya, dia sedey pasal aku tidak tembam dan gebu seperti
dulu… huhuhuhu…)
Thus, aku mau upload gambar raya pun macam segan. Kerana gambar2
ku kurus deh.
Zizou & Viral Infection
2 kali Sabtu yang lepas, di waktu pagi yg sunyi (jam 3), Zizou start
muntah2 setiap setengah jam.. menjelang pagi, aku sudah menjadi bingung. Apa yg
Zizou makan buat dia muntah2 ni? Porridge yg aku buat? Sebelum ni ok ja? Susu NAN
yang dia minum di rumah bbsitter nya? Aku rasa susu tu belum expired. Susu aku
sendiri? Lagi la sepanjang masa fresh manjang (hanya kuasa tuhan yg boleh buat
susu aku ni basi)..
Kami hantar Zizou ke klinik. Kena bagi ubat tahan muntah,
colic, sakit perut dan oral salt. Sampai rumah, badan Zizou jadi panas dan
Zizou start cirit-birit. Ya Allah.. tambah la aku puzzle. Aku bagi Zizou minum
ubat demam. Menjelang tgh malam, baru la bbsiteer bgtau dia suspek Zizou kena
jangkitan kuman sebab ada budak yang dia jaga cirit-birit since Wednesday.
Sudahnya, kami bawa Zizou ke Hosp Putrajaya. Zizou kena
masuk air. Hari rabu, bawa lagi ke Hosp Putrajaya sebab Zizou sudah semakin
lembik, cengkung, tidak aktif dan dehydrate. Zizou kena admitted selama 2 hari.
Lebih teruk lagi, mummy si Zizou ni pun kena jangkit juga. Apa
la nasib.. Alhamdulillah, sekarang Zizou sudah sihat dan aktif seperti sedia
kala.
KES LEPAS GERAM
Kes doctor yang berlagak
Pagi sabtu kami bawa Zizou ke klinik tu. Sebenarnya, bukan
klinik. Tapi adalah sebuah pusat perubatan yang terkenal di Bangi. Hasrat kami
besar untuk berjumpa dengan specialist. Tapi kerana hari masih terlalu pagi,
hanya doctor biasa saja yang bertugas.
Doctor yang kami jumpa tu…bertanya seperti acuh tak
acuh..bagi penerangan seperti tiada penerangan..gayanya macam busy mau mampus..
macam mau kami blah cepat saja dari biliknya. Oleh kerana aku tidak faham
penerangan yang dia berikan tentang macamana mau bagi ubat utk Zizou, dia boleh
jawab “Saya cakap apa tadi?”..
Dushh…tersirap darah aku mendengarnya.. nasib baik aku tgh
pegang Zizou. Kalau tidak, mmg aku sudah bawa gaduh doctor tu.. sudahlah aku
datang klinik tu aku bayar servis dia, dia boleh buat taik sama aku ni.
Tapi aku sabarkan, kerana aku fikir mungkin dia baru lepas
bergaduh dengan suaminya. Atau mungkin hari ni adalah hari pertama dia period. Atau
mungkin jua dia sedang menderita penyakit cirit-birit. Atau mungkin juga dia
pening kerana diburu Along. Atau mungkin dia sedang menghadapi dakwaan dari
patient dia yang tidak puas hati. Nasib la… kalau dia ada klinik sendiri, aku
bagi masa 1 bulan saja…sure bankrap.
So, sekiranya anda doctor dan anda membaca blog saya ini,
anggaplah diri anda sebagai patient sebelum merawati patient anda sendiri. Apa salahnya
berbudi bahasa. Educate patient anda supaya kami lebih faham sebelum mengambil
ubat dan kami lebih tahu mengenai penyakit yg kami hadapi. Tahulah anda belajar
tinggi.. tapi, sedarlah…ilmu anda adalah daripada Allah… maka Dia berhak untuk
mengambil ilmu tersebut bila-bila sahaja Dia suka.. tiada guna anda takbur
dengan ilmu yang anda miliki..kalau mau ilmu tu berkat, merendah diri la… anda
jadi doctor untuk membantu insan lain, bukan untuk berlagak..
Kes ibu menghantar anak yang sakit ke nursery/rumah bbsitter
Budak yang dijangkiti cirit-birit sejak Rabu tu… selamba
saja dihantar oleh ibunya… hari Khamis pun dia hantar, hari Jumaat pun dia
hantar… bila anak orang lain sudah terjangkit, pandai pula dia hantar anaknya
ke kampung..
Bbsitter aku pun seganlah, takkan la dia mau menolak budak
tu.. jadi terpaksa la jaga.. mau salahkan dia pun, aku rasa macam tidak patut
juga…
Dalam hati ni, rasa macam mau sound saja ibu budak tu.. “kau
tidak mau cuti pun, jangan la menyusahkan orang..pandai beranak, pandai la jaga
anak. Kau cari duit pun bukan untuk orang lain, untuk anak kau juga. Tau la kau
bayar bbsitter tu, tapi pandai2 lah bertimbang rasa. Tidak pasal2 anak orang
lain dan ibu-ibu mereka terlibat.
Anak kau tu adalah besar 2 tahun. Anak aku baru umur 8
bulan. Risiko anak aku untuk parah adalah lebih daripada anak kau tu. Kalau ada
apa2 jadi, kau mau jawab ka? Nasib baik dia masuk hospital lepas tu sembuh..
tapi kalau tidak pandai sembuh, kau mau cakap apa? Kau mau ganti ka anak aku? Kau
mau bayar ka bil hospital aku? Cuti aku habis 5 hari tu kau mau ganti ka?
Kan bagus awal2 kau hantar anak kau pegi ke kampung, tidak
la menyusahkan orang..”
Geramnya aku….

Terdapat tiga wanita di
dalam gambar ini. Wanita yang kiri sekali memberikan anaknya susu formula
melalui botol. Wanita tengah adalah seorang ibu yang sedang mengandung. Wanita
ketiga pula seorang ibu yang menyusukan bayinya dengan susu ibu.
Jika diperhatikan sehalusnya, dapat kita lihat bahawa tiada ‘eye contact’ atau
perhubungan mata antara wanita pertama dengan anaknya yang menyusukan susu
formula itu. Ibunya asyik memandang ke arah lensa kamera untuk memastikan
wajahnya menarik ketika gambar diambil. Dia langsung tidak memandang wajah
anaknya yang sedang menyusu, dan si anak pula sibuk memandang ke arah lain
tanpa memperdulikan ibunya.
Ibu ketiga (ibu yang memberikan susu ibu) pula adalah sebaliknya. Beliau
langsung tidak menghiraukan lensa kamera kerana lebih asyik memerhatikan
bayinya yang enak menyusu. Bayinya juga turut memerhatikan ibunya dengan penuh
kasih sayang. Mereka berada di dalam dunia mereka sendiri seperti dua insan
yang bercinta. Inilah penangan susu ibu. Hanya mereka yang pernah menyusukan
bayi mereka yang sepenuhnya sahaja memahami perasaan ini.
Manakala ibu kedua pula sibuk memikirkan ketika bayi yang bakal dilahirkan
kelak, ibu yang mana akan dicontohinya? Ibu pertamakah atau ibu ketiga?
Aku memang boring dengan senario (eiseh…pakai perkataan senario..)
hiburan di Malaysia ni yang balik2 menghidangkan pertandingan menyanyi. Lepas tu,
pemenangnya kena pilih dengan undian sms orang awam pula tu.
Macam tiada pertandingan lain saja boleh buat. Tapi ada juga
sesetengah contest yang bukan pasal menyanyi dan kira macam segar juga la..contoh
So you Think You Can Dance dan pertandingan cari pekerja Carrefour – aku pun
tidak ingat tajuk - (konon tiru The Apprentice+Survivor+ ntah apa2 lagi la)..
but still, guna sms.
Baru2 ni ada pula pertandingan nyanyian LG dan di kalangan
peserta tu ada pula budak sekolah rendah. (Tak sekolah ke?). .. the rest of the
contestants pula, adalah muka2 pencuba nasib yang gagal untuk masuk AF,
Malaysian Idol dan lain-lain pertandingan nyanyian.
Aku rasa Malaysia ni sudah kehabisan bakat la. Pasal balik2
muka sama juga pergi audition. Lepas tu semua nyanyi lagu orang..boring… (kalau
nyanyi lagu dorang sendiri, lagi boring la kali…)
Aku ni kata ja boring, tapi kadang2 aku tengok juga. Tapi,
aku tidak SMS. Aku tengok sambil aku kutuk. Hahaha..
SMS? Aku pun heran kenapa people keep SMSing untuk
pertandingan yang memang 100% tidak akan membawa keuntungan kepada penghantar SMS
tu. Siapa yang SMS sebenarnya, adakah hanya di kalangan sanak saudara dan kawan-kawan
peserta tu sahaja?
Untung ka stesen TV yang buat pertandingan nyanyi2 ni? Kalau
AF tu sah2 aku rasa macam bawa banyak untung, tapi yang lain2 tu, banyak ka SMS
yang masuk?
Menyanyi, menyanyi… nampaknya rakyat Malaysia ni bakal jadi
macam orang-orang yang hidup dalam filem Hindustan. Kurang pada part menari
saja.
p/s: Aku tengok AF saja.. pasal promosi dorang bagus kot. But
still, aku tidak undi. Huhuhu….
Aku mau beli…
Jam tangan – jam tangan hadiah husband yang aku dapat
sebelum kahwin sudah rosak. Kalau repair pun sudah mencapai half price dari
harga beli dulu. Jadi, bagus beli yang baru.
Buku bertajuk “Totto-chan : The Little Girl at the Window” –
testimonial aku baca konon buku ni bagus untuk member bimbingan dan didikan
awal kepada anak kita. Kunun kita akan jadi lebih kreatif dan berimaginasi.
Madu khaula – ni untuk supplement food aku sendiri. Supaya bekalan
susu bertambah banyak dan lebih lancar. Insyaallah.
Aku terpanggil untuk berkongsi
cara-cara untuk berjaya ni kerana aku rasa aku ada pengalaman dan sedikit ilmu.
Tapi aku sendiri pun tidak berjaya kerana aku sudah mengenalkan Zizou dengan
susu formula pada usia yang awal iaitu 3 bulan lebih. Aku saja-saja mau tulis
ni untuk menjadi panduan kepada semua orang (bakal ibu, wanita yang sudah lama
menjadi ibu dan teringin menambah anak lagi, wanita yang merancang untuk ada
anak, lelaki-lelaki yang ada anak dan teringin ada anak) yang baca blog ni dan
pengajaran untuk diri aku sendiri.
Sebagai ibu manusia, aku rasa
amat mustahak setiap bayi manusia juga minum susu manusia. Aku amat pro
breastfeeding but sadly, bukan hard core breastfeeder (sob…sob..isk). Dan dalam
masa yang sama, aku bukanlah meremehkan susu formula. Cuma aku rasa amat
kasihan dengan bayi yang belum pun berumur 2 bulan tapi diberikan minum susu
formula. Dalam masa beberapa bulan pertama umur bayi, time tu la otak mereka
cepat berkembang.
Insyallah, kalau ada rezeki
second project nanti (adik Zizou akan datang), aku harap aku dapat
menyusukannya 6 bulan pertama secara ekslusif (tanpa susu formula, air masak,
glukos, nestum dan apa2 la tanpa nasihat daripada doctor). Moga diizinkan
Tuhan…
Cara-cara untuk berjaya menyusu
baby dengan susu badan ialah
Ketika mengandung
Ketika pantang
Sebelum kembali bekerja
Motivasi diri sendiri
- Ibu
zaman dulu-dulu (sebelum wujudnya susu formula), dorang bagi baby minum susu
badan. Kalau dorang banyak alasan kunun susu tiada, susu sikit, macamana baby
dulu-dulu mau makan dan boleh hidup.
- Dalam
Oprah, ada ditunjukkan ibu kepada kembar enam menyusukan anaknya hanya dengan
susu badan. Hari-hari kena pam 50-60 kali untuk menyusukan anak-anaknya
- Ramai
ibu yang bekerja yang berhasil menyusukan baby mereka 6 bulan secara ekslusif
dan meneruskan hingga baby mereka berumur 2 tahun. Ibu-ibu yang bekerja tu dari
pelbagai sector. Bukan yang kerja pejabat sahaja, kerja doctor ada (selalu
on-call), kerja stewardess ada (selalu fly), kerja besar-besar ada (selalu out
station).
Lagi satu,
selalulah mendekatkan diri dengan ibu-ibu yang menyusukan anak mereka juga. Boleh
lawat http://www.susuibu.com atau http://www.momslittleones.com atau http://www.mymomsbest.com
Senang cerita,
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. With breastfeeding, no money, still
can talk. Pasal ia free.
Kalau mau bagi
susu formula juga, terpulang. Tepuk dada, tanya selera. (Kalau tanya baby,
mesti dorang cakap “I want the real thing!)… tapi seorang ibu yang amat
prihatin dengan kebajikan anak, kalau dorang aware bahawa susu ibu amatlah
hebat khasiatnya, mesti akan tolak susu formula mentah-mentah.
p/s: Ada orang
beranggapan, ibu yang bagi anaknya susu badan tu macam orang kampung, tiada
class, pasal bagi benda free.. sorry sikit… berapa ramai ibu sekarang sanggup
belanja beribu riban RM untuk beli breastpump and accessories untuk baby
mereka. In the end, belanja beli breastpump tu still jimat daripada beli susu
formula untuk jangka masa panjang.
Semasa mengandung, aku sebenarnya
tidak pernah ada hasrat pun mau breastfeed baby aku. (Walaupun aku tau manfaat
menyusukan anak dengan susu badan.) Lepas aku dibawa ke wad dengan keadaan
separuh badan numb (masih dalam keadaan bius), nurse pun datang hulurkan Zizou
untuk disusukan. Nurse yang halakan breast aku ke mulut Zizou. Dengan kuasa Allah,
Zizou pandai betul latching. Nurse siap puji lagi “Pandai dia menyusu”… aku
menjadi kagum dengan baby aku sendiri dan terus bertekad untuk menyusukan Zizou
selagi boleh.
Bila sudah discaj dari hospital
dan balik ke rumah, aku minta tolong husband untuk belikan aku pam. Aku pun
tidak sure kenapa aku buat permintaan macam tu. Mungkin kerana aku fikir susu
aku terlalu sedikit. (Walhal, for the first 5 days, memang susu sikit sangat
pun, sebab yang keluar dari susu adalah kolostrum.. tu la… takde ilmu punya
pasal).
Daddy si Zizou ni pun belikan la
aku pam susu jenama pureen yang guna bateri. Mahal juga la. Dalam RM80+ begitu
tidak silap. Tapi pakai pump ni, amat la menyakitkan (time mula2 pakai, sudah
lama…alah bisa, tegal biasa)…
Apabila cuti bersalin sudah
semakin berakhir, aku pun berhasrat mau beli pump yang lebih baik kerana aku
mau buat stok untuk bekal Zizou di rumah pengasuhnya ketika aku bekerja. For this
time, aku beli Avent ISIS. Manual breast pump. Lebih mahal dari yang pureen tu
tapi memang bagus sangat.
Lama-lama, aku boring pula guna
Avent ISIS ni, pasal tangan sudah lenguh mengepam. Untuk Zizou pula aku sudah
standby dengan susu NAN di rumah babysitternya sekiranya susu yang aku bekalkan
tidak cukup. Tapi mengikut kata mbah si Zizou, “Addin tak suka minum susu
bancuh, apa kata try susu yang lain”…
Bila mbah si Zizou mencadangkan
aku untuk try susu formula yang lain, tiba2 benda ni jadi wake up call untuk
aku. Buat apa la aku susah2 mau cari formula milk yang Zizou akan suka,
sedangkan sudah terang lagi bersuluh, Zizou memang hanya suka susu aku sahaja. Sudah
la sedap, berkhasiat pula (hehehe…. Aku pernah try rasa sikit, memang susu ibu
jauh lebih sedap daripada formula milk)..
Now, aku rasa, it’s time for me
untuk mendapatkan breast pump yang lebih menjimatkan masa, lebih berkesan
memerah susu dengan tidak memenatkan tangan aku – breast pump elektrik. Dan untuk
kesan yang lebih bagus, aku mau buat double breast pumping.
Yang amat gembiranya, daddy si
Zizou sendiri menawarkan untuk beli breast pump baru untuk aku. Alhamudillah,
kiranya aku tidak perlu pening pasal budget bulan ni. (Sedangkan, aku memang
ada put aside some money pun..hehehe)…
Mudah-mudahan Allah berikan
rezeki yang lebih untuk Zizou minum susu aku. Mudah-mudahan, Allah tunaikan
hasrat aku untuk memberikan susu yang terbaik untuk Zizou.