Archive for August, 2006

Selamat datang bulan September

Thursday, August 31st, 2006

Selamat Hari Jadi yang ke-22 to my dear brother, Muhd Mudzakkir @ Aqil yang ke 22 pada hari ni, 1st September 2006.. semoga dimurahkan rezeki dan dapat dean’s list lagi…

Selamat berkonvo to my dear sis, Tasha pada… 2 September 2006…semoga dimurahkan rezeki juga…dapat kerja yang elok… dapat merasa usin sendiri…dapat berbakti pada mama bapa, keluarga dan negara…

Selamat menempuh peperiksaan PTK kepada aku sendiri pada 4 dan 5 September ni…. risaunya… banyak baca pun macam nda masuk kepala ja…semoga la aku dapat jawab dengan tenang dan insyallah lulus cemerlang…senang dapat anjakan gaji menegak dan naik pangkat…hehehe…

Selamat habis praktikal di MTPL to my dear sis, Nurul pada 15 September…gembira la kau nda payah pigi opis lagi aa… semoga kau telah menimba pengalaman berguna sepanjang tempoh praktikal tu…

Selamat membuat persiapan terakhir for PMR to my dear sis, Lina… semoga dapat buat baik2 dan dapat keputusan yang menyenangkan hati mama bapa…

Selamat menyambut bulan Ramadhan… ni la bulan yang paling aku tunggu2… excited nya mau puasa ni… semoga rahmat Allah melimpahi kita semua dalam bulan ni… lepas tu syawal menjelang…balik Labuan…yie haa….

Spot1

SMS dan Email - Bala

Monday, August 14th, 2006

Dipetik dari Harian Metro 14 Ogos 2006

Edisi Timur: Berkongsi bala  

KUALA TERENGGANU: Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar individu tidak dikenali dikesan mengugut orang ramai supaya menghantar pesanan itu kepada 10 individu lain bagi mengelak mereka terkena `bala jika enggan berbuat demikian. Berikutan itu, sesetengah pemilik telefon bimbit yang jahil agama dan bimbang terkena `bala sanggup menghabiskan kredit panggilan telefon mudah alih mereka untuk `berkongsi bala itu dengan menghantar SMS berkenaan kepada orang lain.

SMS yang didakwa amanat dari Makkah itu mengingatkan umat Islam supaya memperbanyakkan ibadah kerana hari kiamat semakin hampir dan mereka perlu menghantar pesanan berkenaan kepada orang lain bagi mengelak terkena `bala. Pelajar, Mohd Faizal Mohd Nazabudin, 23, berkata dia sering menerima SMS berunsur ugutan itu daripada individu tidak dikenali. Saya hanya menyebarkan SMS jika ia berunsurkan nasihat dan peringatan, itu pun kepada rakan terdekat, katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata orang ramai tidak perlu mempercayai atau menyebarkan SMS berkenaan. Tiada sebarang hadis yang mengatakan SMS berkenaan boleh mendatangkan mudarat dan orang ramai tidak harus terlalu takut dengan SMS sebegitu, katanya.

**** - huh, mmg tidak perlu takut pun kalau dapat sms yang mcm ni… i’m always pissed off kalau dapat sms dan email2 yang bercorak2 mcm ni (so to all my friends, next time, kalau kamu rasa mau forward aku sms dan email2 yang mau ugut aku kalau aku tidak menyebarkan benda-benda yang dirasakan keramat tu…jgn harap la… buat habis tenaga dan kredit kamu ja forward sama aku..)

there is one time, my beloved two sisters send me sms to forward alhamdulillah to 10 people…kalau tidak forward, i will get bankrupt, kena bala la…apa la… pada pendapat aku, well, forward kepada 10 orang lagi la bala rasanya…sia2 ja 10sen (kalau sesama Digi subscriber, kalau operator lain darab la 15sen for each sms)…dengan tidak semena2, adik2 ku (yang masih mentah lagi time tu) pun dapat la panggilan dari kakak nya yang chantek ni dan dibebel - hohohoho… padan muka… ya la… duit kredit tu sudah la kadang2 minta aku yang top-up, bole lagi dorang kasi bazir2 sms yang teda faedah tu… nasib baik dorang paham leteran aku tu…now, they don’t do the silly thing no more…

antara point2 dalam bebelan aku…

  • agama Islam tidak pernah la mau ugut2 umatnya tidak tentu pasal mau kasi bala la, bankrup la (siap ada timeline lagi tu - 10 hari la, 1 bulan la) kalau kita tidak mengajak kawan2 kita beramai sebut alhamdulillah, or else… And yes, agama Islam amat menggalakan umatnya untuk menyampaikan ajarannya walaupun seayat… but Islam will never threat!!!
  • kalau betul la Islam ni mau mengugut saja…rasanya tiada la penganut agama lain yang akan tertarik dengan keindahan Islam…rasa terancam lagi ada la…
  • kalau betul mau berdakwah pun, perlukah diugut baru dibuat? kalau mau ajak orang memuji Allah, kena ugut baru buat, bila mengharap kemewahan yang akan datang dalam masa 10 hari baru buat (mau jadi kaya pun ada timeline juga - so, bagi sms ja la, jangan buat kerja, mesti jadi kaya tu), maknanya…sia-sia saja la dakwah tu…tiada keikhlasan…

mau email benda bagus ni..email saja la… tidak payah la mau ditambah2 dengan ugutan bala, kemewahan, kesenangan di hujung2 sms dan email tu…

sometimes…i prefer to get silly jokes (sms and email) daripada benda2 mengugut ni…  

Poligami…Perit ke?

Sunday, August 13th, 2006

Dipetik dari Berita Harian, 14 Ogos 2006

Syor Shahrizat bagai halang poligami

SAYA terpanggil di atas saranan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meminta pejabat Peguam Negara mempertimbangkan isu pembahagian harta diputuskan terlebih dulu sebelum seseorang lelaki itu dibenarkan berpoligami. Cadangan menteri berkenaan memang ada asasnya untuk mengelakkan wanita teraniaya, tetapi janganlah ambil yang negatif saja kerana perundangan Islam amat luas dan berpandukan peraturan yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Cara kementerian ini memperketatkan undang-undang keluarga Islam seolah-olah tidak menggalakkan lelaki berpoligami sedangkan perkara itu dibenarkan Islam. Sesuatu yang baik dan halal sepatutnya digalakkan kerana menerusi poligami secara tidak langsung membela dan menyelamatkan wanita daripada terjerumus hingga melakukan maksiat atau dipandang serong masyarakat. Betapa peritnya seseorang suami yang berkemampuan untuk berpoligami disebabkan peraturan yang seolah-olah menyekat mereka berbuat demikian. Suami juga perlu membawa isteri ke Mahkamah Syariah untuk ‘ditemuduga’ bagi mendapat lampu hijau daripada isterinya untuk berpoligami.

SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL Ampangan Seremban.

***** - positively, rasanya cadangan Shahrizat bukan untuk menghalang poligami… tetapi untuk memastikan isteri "tua" or bekas isteri mendapat hak mereka.. berapa banyak kes lelaki durjana yang mengabaikan isteri tua or bekas isteri dan anak-anak selepas mendapat isteri muda.. dah dapat perintah mahkamah pun, bole buat bolayan je..

so, susah sgt ka undang2 syariah sedia ada untuk mendapat persetujuan dari isteri sedia ada untuk berpoligami? akan bertambah susah ka sekiranya ditambah prosedur baru untuk menetapkan pembahagian harta yang sebenarnya hak untuk isteri sedia ada tu?

kalau betul la mampu, rasanya tiada masalah…sedar lah wahai lelaki, perempuan ni hatinya lembut… kalau mmg suami mereka ni tidak mampu dan tidak layak, isteri mana lah tidak melenting… tapi kalau betul suaminya mampu menanggung lebih dari satu keluarga, beriman, mampu berlaku adil, perempuan baik mana yang tidak gembira untuk mendapat payung emas di syurga…

i have view one true experience before… my good friend - she is the eldest child from the eldest wife of her father - dan dia ada 3 ibu muda yang lain… means her father kahwin empat… tapi harmoninya mereka…masyaallah… dan mewahnya mereka… alhamdulillah… setakat barang kemas ibu2nya, mami jarum pun kalah…kalau hari raya, memang meriah..pasal keluarga besar… well, mungkin bapa beliau adalah seorang contoh lelaki yang layak..

so, the moral is - poligami tidak susah…lelaki la yang selalu menyusahkan… (still, i won’t approve poligamy…pasal husbandku tak mampu…hehehe)

Cuti bersalin 84 hari

Tuesday, August 1st, 2006

Gembira betul la lepas keluar berita bahawa ada cadangan untuk melanjutkan cuti bersalin dari 60 hari kepada 84 hari di kalangan wanita bersalin yang berkhidmat dalam sektor kerajaan. Insyallah..kalau cadangan tu diluluskan dan pekeliling sempat dikeluarkan sebelum due date, cuti panjang le jawabnya.. yieha…

But yet, banyak juga komplen2 yang disiarkan selepas cadangan tu diuar-uarkan…dan golongan yang byk komplen tu..well, siapa lagi kalau bukan umat manusia yang tidak akan merasa nikmat mengandung dan melahirkan anak ni…kaum adam la jawabnya…

simply because - dorang pernah tgk terdapat wanita bersalin yang belum habis pantang 44 days pun dah bole keluar shopping (ingat semua orang perangai camtu ke)…and dorang tak paham apa perlunya cuti panjang sampai 84 hari.. risau kononnya produktiviti servis akan terjejas kerana pegawai yang in-charge cuti lama sangat.. plus kalau every year bersalin…

golongan2 yang komplen ni (tak kisah la lelaki ke perempuan ke), kemungkinan besar

  • tidak tahu kepayahan mengandung, melahirkan dan menjaga baby yang baru lahir ni macamana… (samada time dia kecik dulu mak dia tak beranak lagi, so dia tak rasa la jaga adik (budak kecik) ni bukan kerja senang, or dia belum kahwin, or sudah berkahwin tapi takde rezeki lagi untuk menimang cahaya mata sendiri)…
  • terlalu produktif…duduk dalam opis je dari 8 to 5..kalau rehat pun time lunch je ie 1 to 2…(kunun la…sekali rupanya, dia la yang selalu hilang, pegi lepak2 kat tangga for smoking with friends, or makan di cafe borakkan benda remeh yg dia rasa tak puas hati kalau tak komplen cth isu cuti bersalin 84 hari ni…)..sdgkan kalau ada proses serah kerja yang sistematik, tade masalah pun kalau pegawai cuti lama…

well, kalau la proses mengandung, melahirkan dan menjaga baby ni ada orang fikir senang, tiada la keluar kata-kata hikmat "Syurga di bawah tapak kaki ibu"… tiada la dalam Quran or Hadith ditekankan bahawa ibulah orang pertama yang kita perlu kasihi dan hormati…

not to say that this is a very bad thing (menyusahkan dan segala yang sewaktu dengannya)…kerana kalau negatif sungguh, kenapa la ibu-ibu kita boleh beranak lebih dari satu kali kan…maknanya positif la… tapi perkara yang tersirat ialah, pengorbanan ibu adalah satu jasa yang kita tidak akan dapat balas sampai bila-bila…

as for me, before mengandung ni…tak pernah la pikir yang mengandung ni susah… I thought yang my mom tu beranak 5 kali pun is no big deal… my mom pernah cakap, orang mengandung ni, bayangkan saja la bawa kampit beras 5kg tu hari-hari di perut… (time tu bayang saja la…tapi bukan kisah pun…)

but after I went the first trimester tu myself… God!! rupanya susah mengandung ni.. dengan penat yang terlampau, alahan… tu pun, I can consider me is lucky…(my experience is not that tough to be compared with my friends.. ada yang muntah memanjang, kurang darah, siap masuk hospital lagi…complication yang tidak dijangka-jangka… maka sepanjang masa la this pregnant mom will be worried about her baby yang belum keluar lagi…) baru first trimester dah rasa derita, belum masuk third trimester lagi….

(time susah ni ingat kepayahan mama..kesian mama kan… I LOVE YOU MAMA!!!)

kalau dah keluar plak baby tu..mesti la rasa penat yang terlampau… setelah berhempas pulas…mana nak pikir nak jaga baby, nak breastfeed, nak berpantang… (well, berpantang is very important - to get pre-pregnancy shape back, to avoid meroyan etc)… 

tapi semua kesusahan tu akan dilupakan once kita terlihat baby kita yang baru lahir…itu lah nikmat yang Tuhan bagi…

jadi, jangan la perlekehkan ibu-ibu mengandung ni… kalau dalam public transport tu (LRT ke, bas ke)…kalau nampak ibu mengandung sedang berdiri, bagi la seat..

banyak hikmah cuti bersalin 84 hari ni… ibu-ibu boleh breastfeed baby…bonding antara ibu dan baby akan lebih kuat…60 hari tu mungkin singkat sangat..lepas habis pantang, masuk kerja, kena cari nursery lagi…(sepatutnya kena ada lebih inisiatif untuk wujudkan nursery di tempat kerja, perbanyakkan breastfeed station di shopping complex dan lain-lain lagi)

jangan ingat pasal faedah jangka pendek saja (produktiviti kerja la apa la)… faedah jangka panjang pun kena fikir juga… todays baby is our leader in the future… ingat tu…