Archive for November, 2006

Mak Buyong….

Thursday, November 30th, 2006

Dalam minggu ni saja, I went to 3 different medical premises… 1 – Klinik Kesihatan Seri Kembangan, 2 – Hospital Pakar Annur Bangi and 3 – Hospital Putrajaya… semuanya untuk urusan yang berlainan tapi dengan motif yang sama – because I’m a Mak Buyong…

Pegi KKIA di Seri Kembangan, the nurse told me yang kepala baby sudah di bawah..tapi baby masih belum turun lagi… I’m wondering how to make the baby turun… every day la me and my husband cakap2 dengan baby ni…minta dia turun bawah…ahahaha… kalau setakat naik turun tangga…banyakkan berjalan…rasanya dah bole jadi juruukur jalan pun… any idea?

Pegi Hospital Annur tu pula untuk buat 3D Scan…pasal kalau bernasib baik (baby posing cantik, tak tutup muka)… bole la nak burn baby punya movement dalam cd..bole dijadikan kenang2an sampai baby dah besar nanti… tapi malangnya, the doctor told me that now is too late already kalau mau buat 3D Scan…pasal baby sudah semakin besar, space dalam perut pula makin limited…jadi baby pun tak banyak gerak… huhuhuhu…nampak la juga muka baby sikit…pasal dia tutup muka dengan tangan… huhuhuhu… moralnya, kalau mau buat 3D Scan, kena la buat dalam bulan ke 7 atau bulan ke 8…

Pegi Hospital Putrajaya untuk booking date bersalin… last time nurse dekat Seri Kembangan tu cakap kena bersalin kat Hospital Serdang… sekarang ni bole pula pi Hospital Putrajaya… yang penting… aku dan baby selamat time delivery nanti… waaa… all in my family nanti jadi anak wilayah la… daddynya orang KL, mummy orang Labuan, baby pula anak Putrajaya…

This coming weekend… mau beli semua barang2 yang perlu untuk kegunaan ketika masa berpantang nanti… tungku, set bersalin Nona Roguy, pampers baby, bantal extra (because my parents will be coming over to KL, bantal di rumah sekarang belum cukup)…

Jamuan Hari Raya

Sunday, November 19th, 2006

Since b4 raya lagi, me and my husband mmg sudah lama berpakat untuk buat open house kecil2an for our close friends. Ni pasal, since kami move in to our house di Seri Kembangan and since dah kawin, belum lagi ada kesempatan nak mengajak kawan2 datang ke rumah kami yang tak seberapa tu.

Lately ni rezeki ada la macam bertambah (maybe pasal baby nak datang kot)… kiranya mau buat jamuan ni pun ikhlas..semoga family kami lebih bahagia dan baby kami pun sihat…

Sebelum ni pun, yang penah datang berapa kerat je la..semua pun family members and kawan2 husband aku ja..kawan2 aku..yillek… ahli keluarga? bapa, mama dan adik aku Tasha ja pernah sampai.

Di samping ke’excited’an mau buat open house ni, ada juga terfikir…larat ka aku dalam keadaan sarat ni? Tapi bila fikir punya fikir, lama2 ada la idea aku apa yg mau dihidang kepada kawan2 kami yang akan datang tu..orang yang dijemput pun bukan ramai..sesuai la dengan tahap kemampuan aku yang akan jadi tukang masak dan tahap kebesaran rumah juga aksesori hidangan untuk menampung bilangan tetamu sekiranya orang yang datang tu ramai pula dalam masa yang sama..(kerusi, pinggan, sudu, garfu, gelas dll).. mmg time jemput pun, me and my husband awal2 suda bg info – buat makan2 kecil2an je…pasal aku pun dah sarat…

Setelah bincang dengan my husband, kami pun pakat mau buat on 19th Nov which is yesterday.. hidangan pula terdiri daripada lemang, rendang (yang husband aku beli di Taman Medan hehehe), serunding (yang aku beli di alamanda), nasi impit, kuah kacang, spageti (semua ni aku masak sendiri), buah tembikai, kek lapis Sarawak (yang aku import dari Labuan) and air sirap ros.

Aku pun masak la ala kadar saja sebab based daripada respon yg diterima mcm tidak la ramai yang mau datang…end up nya, tetamu datang dari pukul 12.30 tengahari sampai pukul 10 malam.. thank god, sepanjang hari tu my baby takde la meragam sgt…lepas maghrib baru la buat perangai nak mengejang2kan perut aku…

Maka, setelah peristiwa semalam…bole la disimpulkan our first experience buat makan2, my husband consider as a failure…

o       pasal kitaorg tak reti budget.. lemang, rendang and serunding by 3pm dah habis, kuah spageti pun habis juga sampai aku kena masak satu trip lagi… tp lepas tu by 6pm pun hampir habis lagi…so dengan kuah yang cukup utk 3 orang tu aku terus ja buat spageti goreng..(seb baik tetamu aku yang datang lepas tu kata spageti goreng aku sedap walaupun kering…hehehe)…

o       buah tembikai yang husband aku beli tak best langsung

oleh kerana lepas 6 pm yang tinggal ada spageti goreng ja, my husband pun jadi runner ke pizza hut beli pizza…hahaha..bagus juga…bukan habis pun pizza tu…pagi ni bole panaskan jadi our breakfast..

next time, kalau mau buat lagi open house

-          aku kena tambah lagi pinggan2 yang cantik (I dun like to use disposable plate, mak aku kata tak sesuai)

-          psl lemang dan rendang yg husband aku beli tu sedap, next year kena beli banyak2

-          aku kena belajar buat masakan special yang lain contoh nasi beriani ke, nasi tomata ka, apa2 la (spageti is very la tak sesuai pasal cost yg mahal – tp aku buat juga pasal senang, aku mmg ada stok prego yang banyak di rumah)…

tapi, next year kalau dh ada baby…capable ke aku? Skg ni husband bole tolong…nanti dah ada baby..sapa nak tolong…huhuhuh…

tengok le macamana…insyallah, kalau ada rezeki, tahun depan bole buat lagi…yang lebih best dan grand untuk kawan2 sume…

p/s: thanks to all friends kerana sudi datang… we appreciate it so much… kalau ada yang terkurang, harap dimaafkan dan dan harap tidak serik untuk datang ke rumah kami lagi..hehehe…

Semoga selamat…

Thursday, November 16th, 2006

Pagi ni, kakak2 F44 di opisku digemparkan dengan berita one of them (which is our division staff merangkap my colleague) baru je disahkan kematian babynya dalam kandungan (7 months).. Bila aku dengar, rasa macam seriau..ya la.. 7 bulan tu kira baby kalau lahir pun dah bole hidup dah.. kesian kakak tu…tade rezeki dia gamaknya…innalillah…Tuhan lebih menyayangi baby tu…sekurang2nya sekarang dah ada baby menunggu beliau di pintu syurga… (ni baru betul menunggu di pintu syurga, bukan cam lagu2 cinta meleleh yang tak confirm pun lg betul masuk syurga ke tak)…

cerita macam ni menjadikan aku lebih cautious… kalau sebelum ni nurse kat klinik suruh aku buat fetal movement monitoring, aku mcm malas2 je…skg dh jadi lebih aware… and i really hope that my kandungan bertahan sampai tiba masa due date tu nanti…

kat opis pun ada 3 orang yg bakal menunaikan haji di Mekah hujung tahun ni…sebelum dorang berangkat, dh pesan dh…minta doa depan kaabah supaya aku deliver baby dengan selamat dan normal…insyaAllah…Amin…

Baby buat mommy risau je la…

Wednesday, November 15th, 2006

Semalam…rasa risau je…pasal rasa pergerakan baby dalam perut kurang je daripada yang selalu… most probably pasal selasa dan rabu asyik berjalan je bawa my mom keluar shopping, so maybe baby dalam perut pun penat, nak rest…or maybe because i was too busy entertaining my mom, sampai tak perasan pun yang baby ni tendang2 dalam perut… bole kata diri sendiri salah jugak le pasal tak monitor betul2…

up until 8 pm baru la rasa the fetal movement cukup 10 kali (dari 9 am)…selalunya dalam masa 2-3 jam dah ble berhenti kira dah… risaunya…sudahnya, malam tak dapat tidur pasal takut if there is anything bad happen to baby…takut lemas ke, tak sihat ke…tak lama lagi nak keluar pun…so harap2 tanak le apa2 jadi…penat je tunggu lama2 bawa perut kan…

and then pagi tadi, pegi la private clinic yang selalu dilawati ni…(takut pi gomen nye clinic, kang tak pasal2 kena sound plak)… minta tolong doktor check baby sihat ke tak…lepas scan, alhamdulillah..heart beat normal, air ketuban pun normal…kiranya semua ok la…baby je tgh tidur… lepas tu doktor cari angle yang baik punya, print le hasil scan tu…nampak le muka baby…ada mata, hidung, mulut, tangan… kiut….scan 2D pun ble nampak, kalau scan 3D lagi le jelas gamaknye…

so, nothing to be worried…just have to be careful…kena sentiasa monitor gerak baby… lepas tu baru la ble risau dengan keadaan diri sendiri…lately selalu rasa lenguh dekat bahagian pinggang dan tulang punggung… my mom said, itu semua persediaan untuk deliver nanti… sabar je la…tak lama pun lagi… semua ni worth dengan kegembiraan baby bila dah keluar nanti…

Baby, tak sabarnya tunggu….

Sunday, November 12th, 2006

This morning, went to pre-natal check up kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan… tak sabar nak tau the latest weight… hmm, naik 0.6kg since last 2 weeks…sebelum tu, 3 chk up, berat tidak berubah langsung…sampai nurse yang timbang berat tu ble komplen, "nape berat tak tambah2 walaupun dah 3 kali chk up… so bgtau le kat nurse tu, maybe pasal puasa kot"… takkan la nak marah kalau kita puasa kan sementara mampu…

sebelum tu, pernah dalam masa 2 bulan berat naik sampai 6 kilo…pasal time tu memang selera ni mebuak2..semua pun nak makan…tu pun misi bising jugak sampai kena buat ujian diabetes…naik salah, tak naik pun salah….yang penting baby ok…heart beat baby, strong and regular…

tambah lagi yang tak best tu…rasanya pisau kecik yg nak check darah tu dorang dh tukar baru kot…b4 ni kalau kena cucuk kat jari tu tade la sakit…skg ni rasa cam sakit lebih sket…seb baik sakit kejap je..

lepas tu, sempat tanya kat misi…saya chk up sini, bole ke deliver kat hospital putrajaya…dia kata kat hosp putrajaya kena booking…kalau chk up sini kena pi hospital serdang…camtu plak…hmm tape la…mana2 pun ok je la…dua2 pun hosp baru..dua2 pun kalau aku pegi charge nye sama juga…

dulu time awal mengandung, penah le bincang ngan husband nak bersalin kat private…tp dia kata kita try gomen dulu..kalau tak best, next time ada rezeki nak berbaby lagi..kita pi private…

banyak ble jimat deliver kat gomen hosp…duit yg boleh disaving tu, guna untuk beli tiket  MAS for my parents turun kl dari labuan….lepas tu insyallah, boleh buat kenduri aqiqah kat labuan nanti…

barang2 baby pun dh byk beli…masih ada yg belum complete lagi…katil, tilam, botol susu, pampers baby… oo..set bersalin untuk mommy dia pun blum beli lagi… ingatkan nak pakai yang amway punya set…semua orang puji cam bagus je…dan mampu dibeli…

tp baru2 ni pun ada beli minyak herbanika dan minyak mustajab dari nona roguy…psl 2 produk ni pun mmg mendapat pujian melambung dari customer NR…kiranya minyak ni serbaguna, so tak rugi la beli…

baju baby ada la beli sikit2…hari2 tgk baju baby yang kiut miut ni…eee..geramnya…nak kena basuhu ala kadar dulu…psl time beli tu mesti dah byk tangan yg pegang2…so, tanak le nanti bila baby pakai kena gatal2 plak…

baby…bila la nak keluar ni…rindu la…