Masa Berpantang yang boring..
Friday, December 29th, 2006It’s nearly 3 weeks after last blog aku…mmg tiada masa…skrg ni pun nasib baik baby Addin Zidane sdg tidur and sedang dipantau oleh adik aku Tasha…kalau tidak jgn harap la aku mau memblogging ni… selalunya, kalau baby aku tidur, aku pun curi masa pegi tidur juga la… ya lor…after bersalin ni, jgn harap la mau tidur time normal…beauty sleep no more bebeh…
Last blog aku, aku cakap aku akan post new blog pasal pengalaman aku lepas bersalin dan time aku berpantang kan..lepas aku bersalin, or more precisely - lepas aku dibedah, nurse2 di Hospital Putrajaya dan my mom nasihatkan aku untuk bergerak supaya pembedahan cesarean aku cepat pulih… that’s what I did.. tp mmg first time mau bergerak tu…punya la main susah…
Senang cerita, kalau aku ni tidak kuat iman, mau gila meroyan aku selama aku berpantang ni… berikut ialah faktor2nya:
- Pasal aku kena bedah… frankly speaking, mmg aku mentally unprepared untuk menghadapi hakikat aku kena bedah cesarean ni… time aku pregnant, tidak pernah pun terlintas dalam kepala otak aku yg aku akan kena bedah..pasal selama aku mengandung, totally no problem… aku ble mengaku yg aku rasa aku makin chantek time preggy lagi ada la… labour pain time mau bersalin pun bukannya lama sangat mau dilate…tp kuasa Tuhan, kalau Dia kata Jadi..maka jadilah…
- So, apa kaitan kena bedah dengan aku mau tension? - time kena bedah tu mmg la tiada rasa sakit langsung, even after ubat bius hilang pun, tidak la sakit sgt…cuma aku rasa helpless gila… especially bila baby aku menangis mau susu tp pasal aku tidak berdaya…so susah la mau ambil baby aku dr bassinet mau kasi breastfeed… susah mau duduk…segala2nya lemah la…lama2 bila luka aku getting better..hilang la faktor meroyan aku ni…hehehe…
- another factor is - time berpantang ni, semua la aku tidak bole makan…tensionnya…aku hari2 makan - masa first 2 weeks, sup ikan haruan dan sup ayam kampung, lepas tu makan sup ayam kampung saja…boring gila…orang lain makan sedap2 depan aku…cheh…kalau ikut mama aku, makan sayur nda bole, makan buah nda bole….tensen….
- lagi satu factor - oleh kerana aku kena bedah, so byk amalan berpantang tu aku kena hold dulu..cth mcm berbengkung, berurut (jamu pun aku tidak consume dulu, psl aku ambil nasihat doktor supaya anak aku tidak kena jaundice)…jadi aku takut kalau lepas beranak ni, aku tidak dpt maintain badan aku..aku ni concern psl appearance aku depan husband aku…nasib baik la husband aku ni memahami…dia cakap "u kan breastfeed, pastu tidur tak tentu - lambat laun mesti u slim balik"… i hope so…
- dan tambah lagi satu factor - aku paling malas bila orang2 yang melawat aku dan baby aku yg bagi aku komen dan nasihat yg aku rasa tiada guna cth macam ni
- "Nanti dah start keje mesti nak kena bagi baby susu botol kan.." aku cakap la bole apa pump susu ibu "Ala. tapi susu ibu cepat basi" - komen ni datangnya dari orang yg tidak pernah bagi anak dia susu ibu kunun pasal nipple tenggelam..hmm..bagi aku, Nak seribu daya, tak nak seribu dalih…aku mau bg anak aku susu ibu ka, susu botol ka, tu aku punya pasal…
- "Anak kau ni macam kuning la" - normal la baby kena kuning…aku ni suda la mcm paranoid about everything pasal anak aku, memang aku sensitif la… aku suda pegi klinik, check anak aku, doktor kata mmg anak aku ada kuning tp mild, so there is no need to be admitted masuk ward…yg penting, aku breastfeed anak aku, dan anak aku berak normal keluarkan semua kuning2 tu…
- "Eh, anak kau ni blum 1 bulan suda bagi puting" - hm…aku suda surf dalam Internet, mmg teda salah bg anak pacifier kalau baby masih mahu menyusu badan… aku bagi baby aku pacifier supaya baby aku tidak tensen pasal pressure changing bila naik kapal terbang… lagipun, kalau mau jadi gigi ke depan pun (mcm la baby aku suda mau tumbuh gigi)…without pacifier pun gigi bole jadi ke depan… senang cerita, hantar ja pegi klinik pakai braces..skrg pun ramai artis pakai braces..suda jadi style…
- dan byk lagi komen2 boring dan tidak membina yang aku dapat tp malas aku mau kasi list sini….tapi apa2 pun, aku berterima kasih kepada sesiapa yang sudi lawat baby aku..jasa kamu aku tidak akan lupakan..
Tapi, byk2 komen yg aku dapat..selalunya mesti berkaitan nama anak aku yang glemer ni, Addin Zidane (family member aku panggil Addin, me and my hubby panggil Zizou)..selalu org yg dengar samada akan ketawa, komen nama anak aku ganaz la, cam nda pecaya la…
Tidak kisah la…sebelum Zidane tu tanduk Materazzi lagi pun mmg aku dan hubby mau guna nama Zidane tu…aku cakap la, biar la anak aku ikut semua perangai yang baik2 daripada football legend yg kontroversi tu… yang tanduk2 tu pula…well, I don’t mind…kalau dia tanduk orang kerana dicabar over something yg dia rasa patut pertahankan (psl family ka, agama Islam ka)..why not…tumbuk pun ok…
Kesimpulannya, aku ni mmg kuat iman (hehehe) dan aku tidak meroyan pun…semua ni normal - pasal perubahan hormon dan lifetsyle baru bagi seorang ibu baru… kalau ada apa2 problem - aku byk surf dalam Internet dan baca la artikel2 yang berkaitan…so paranoid aku bole dikurangkan… alhamdulillah, my husband, my mom and my sisters banyak menolong…kurang la sikit beban aku…thank you all…
and more, hari-hari cepat berlalu..kalau aku kurangkan angkat benda berat, bykkan berehat, aku akan cepat sembuh…masa berpantang ni akan cepat pergi, baby aku akan makin membesar dan akan menunjukkan muka sebenarnya - ikut muka aku ka muka husband aku….hmm..I wonder…