Archive for January, 2007

Treasure every moment

Wednesday, January 31st, 2007

"I have to remember my baby is only a sweet-smelling newborn for a short time. Enjoy this special time with him because it wont be long before he becomes a toddler, makes his own friends and leaves the nest for college!"

Sejak aku ada baby ni, I realised, yang aku suka berfikir dan berharap untuk mengetahui apa yang akan jadi pada masa akan datang. Usually, dengan pertanyaan yg bunyi macam ni “Macamana la agaknya kalau ……..”. Selalunya perkara yang aku harapkan tu is a good thing, but sometimes it turn to be bad.

Contohnya semasa aku sedang mengandung, bila baby dalam perut tendang, aku akan berfikir..”Macamana la rupa baby aku ni bila dia lahir nanti…”.. tapi lepas baby selamat dilahirkan dan aku tengok muka baby aku yg standard macam baby lain yang baru lahir, aku tanya lagi ”Macamana la rupa baby aku bila ia sudah besar sikit, ikut muka aku ka muka daddynya”. Dan macam-macam jenis soalan lagi ada la dalam kepala aku.. selalu tidak sabar untuk mengetahui macamana rupa baby aku bila dia sudah besar sikit nanti, apa yg ia belajar dan capable to do sesuai dengan peningkatan umurnya, what is his first word bila dia sudah pandai bercakap…

Tapi pernah juga aku ni terfikir perkara yang jahat. Time aku mula-mula mengandung, although aku tiada masalah mabuk yang teruk macam ibu mengandung yang lain, tapi aku masalah over exhausted, pening kalau masuk dalam kenderaan bergerak, kadang-kadang muntah, tidak bole hidu bau orang memasak. Aku rasa amat terseksa sampai aku pernah berfikir macam ni “Bila la aku mau datang period ni..kalau tidak jadi pregnant pun tidak apa”.. astagfirullahhul azim. Hormon punya la imbalance sampai aku bole berfikir macam tu..

So now, aku rasa lebih bagus la kalau aku appreaciate ja every moment yang aku alami sekarang dengan penuh kesyukuran. Tidak payah la keep on wondering what will happen besok, next week, next month. Aku tidak mau bila masa yang aku selalu tunggu tu tiba, baru aku sedar yang aku merindukan saat-saat gembira yang aku sudah tinggalkan.