Aku dan Susu
Nota awal - aku adalah penyokong amalan memberi susu ibu kepada baby. Dan aku bukanlah anti susu formula. Bagi aku, susu formula perlu dilihat sebagai alternatif terakhir sekiranya pelbagai usaha untuk memberi susu ibu tidak berhasil.
Sejak masuk kerja balik ni,
barulah aku perasan yang performance aku dalam pemerahan susu ni amat lah lousy
jika dibandingkan dengan ibu yang menyusukan anak yang lain. Kalau ibu lain
boleh senang-senang reach to 5-6 oz sekali pam (paling kurang pun 4 oz), aku
pula hanya boleh dapat 2 oz (paling banyak pun selalunya 3 oz).
Mungkin kerana pasal aku sekarang
sudah kembali bekerja, maka sesi direct breastfeeding tu pun sudah menjadi
kurang. Alhamdulillah, kalau direct breastfeeding, aku rasa bekalan susu masih
cukup. Kalau express susu guna pam, maka hasilnya kureng sket. Macam yang aku pernah baca, cara suction baby dan
pam adalah berbeza. Oleh itu, boleh la kita expect kalau pam susu ni
memang la akan kurang lumayan hasilnya berbanding sekiranya dihisap oleh baby
kita sendiri.
Oleh kerana aku masih juga tidak
mahu menyerah kalah buta-buta, maka aku pun banyak la berusaha untuk mengambil
makanan-makanan yang dipercayai boleh menambah susu badan. Contohnya seperti
lobak putih, soya, tempe, kurma, air water chestnut, oat, sawi, kobis, halba,
jantung pisang – ada la hasilnya sedikit, tapi kalau sampai membuatkan susu
sampai melimpah tu belum lagi la.
Semua yang aku makan di atas,
kebanyakkannya aku masak sendiri dan akhirnya suami aku pun turut makan juga.
(Nasib baik lelaki tidak boleh produce susu, kalau lah boleh….hahahaha). Doktor
keluarga aku pun ada bagi aku pil yang boleh tambah susu, tapi setakat ni aku
rasa macam biasa saja.
Kesimpulannya, aku rasa aku perlu
lebih bertenang dan tidak terlalu pening memikirkan pasal susu ni. Sebab kalau
aku tension pun, most probably akan mengganggu hormone aku untuk proses susu
dengan banyak. (tapi macamana la aku dapat kurangkan kepeningan aku ni. everytime
buka fridge, mesti akan terlihat yang stok susu semakin hari semakin
berkurangan..huwaaa) Setiap kali lepas sembahyang pun, aku akan banyak berdoa supaya
anak aku dimurahkan rezeki dan aku masih boleh terus berikan Addin Zidane susu
original.
Dan sampai sekarang la aku masih makan makanan-makanan seperti yang disebut
di atas. Walaupun aku sudah top-up bekalan susu anak aku di rumah pengasuh
dengan susu formula, tapi aku masih pastikan dia hanya dapat 1 atau 2 kali meal
sahaja dengan susu formula, in case kalau susu perahan yang aku bagi sudah
habis. Ini pasal aku bukan bagi pengasuh Zizou susu formula dalam tin, tapi
dalam bekas susu yang aku sudah sukat siap-siap. Hehehe..
Semoga susu aku akan berlimpah ruah, dan aku tidak perlu bekal susu formula
lagi kepada Zizou di masa akan datang. Selagi anak aku consume susu formula,
selagi tu la aku akan menjadi ibu yang paranoid every time anak aku kena ruam,
demam, batuk, selsema dan sebagainya.