Aku, Sengkuang Cina dan Longan Kering
Dalam haru biru aku yang semangat untuk
menambahkan production susu, aku pakai lagi nasihat yang aku dapat dari
Internet – minum air sengkuang cina dan air longan kering.
So, adalah satu pagi tu, aku berkunjung ke Anjung
untuk tapau breakfast. Sambil-sambil tu, aku sempat menyinggah ke kedai runcit,
aku beli lah air sengkuang cina or in omputih, water chestnut drink.
Sedap juga la rasanya, macam rasa air tebu + teh
bunga. Hasilnya? Boleh la dibanggakan. Tiada la banyak sangat. Tapi aku perasan
la susu ada bengkak sedikit. Adalah bertambah 1 oz dari sesi pemerahan yang
biasa-biasa aku buat.
Sebelah petangnya pula, on the way aku balik ke
rumah, aku singgah sebentar ke kedai ubat cina. Aku pun tanya la singseh tu
kalau2 ada longan kering. Dia kata ada. Excitednya aku. 100g untuk RM3.50. So,
aku beli la 100g sahaja dulu.
Sampai rumah, aku rebus la kira2 50g longan kering
tu, masukkan sedikit gula. Untuk minum, aku ambil sedikit air longan kering
yang manis tu, aku bancuh lagi sedikit dengan air masak biasa. Sedap juga. Macam
air longan yang aku mmg suka minum selalu. Aku siap makan lagi longan kering
tu.
Hasilnya? Kira-kira jam 9.30 malam, aku perasan yang
susu aku betul-betul bengkak. Aku jadi excited. Aku try bagi Zizou minum dia
tidak mahu. Aku try perah, tapi tidak keluar. Aku jadi hairan. Susu ni betul2
bengkak sampai aku rasa sakit. Tuam pakai tuala panas pun tidak jalan.
Maka, malam tu aku tidur dalam kesakitan yang amat
dan tidur yang tidak lena. Tidak lena kerana dada yang sakit dan bengkak. Ditambah
pula dengan anak aku yang suka tidur sambil menendang kakinya nan lasak. Kesudahannya
di sebelah pagi, husband aku tanya kenapa aku tidur di kaki katil. Aku kata
sakit pasal Zizou suka tendang. Lepas tu, aku pula jadi demam. Kes naya.
Besoknya, aku decide jumpa doktor. Doktor
tu bagitau yang susu aku sudah tersumbat dan beku. Dia ajar aku urut breast dan
nasihat supaya tuam dengan tuala panas. Time doktor tu urut (nasib baik doktor
perempuan), punya la aku mengerekot sambil mengalirkan air mata kerana
kesakitan. Hari tu, aku dapat MC.
Sampai di rumah, aku buat sesi mengurut. Bengkak masih
belum berkurangan tapi sakit tu ada lah kurang sikit. Nasib baik aku hantar
Zizou ke rumah pengasuhnya, boleh la aku berehat sekejap menggantikan tidur aku
semalam.
Dan sampai hari ini, susu aku masih bengkak
sebelah. Apa la nasib. Aku akan tunggu sehari lagi. Kalau masih bengkak juga
besoknya, aku akan call bidan untuk mengurut susu aku kot2 la tangan bidan yang
mengurut ni mujarab. Ada orang kata letakkan kubis dekat susu boleh selesaikan
masalah aku. Tapi dorang kata, kubis tu bagi kering. Takut juga la aku kalau
kering.
Kesimpulannya, sengkuang cina dan longan kering memang mujarab menambahkan susu. Sampai terlebih-lebih. Sehinggakan suami aku melarang aku minum air longan kering lagi. Aku rasa la, aku ni saiz kecil, susu pula banyak sangat, tu la jadi sampai tersumbat. Macam bottle neck di Federal Highway, highway 3-4 lane ja, tapi kereta banyak sangat, tu pasal la jam. 
Moralnya pula, semangat tu boleh tapi jangan sampai
tamak. Berusaha la selagi termampu tapi jangan sampai extreme. Bak kata kawan aku, Tuhan tahu nawaitu kita
untuk memberi yang terbaik to our children. Kalau kita bagi baby kita susu
formula, itu tidak menjadikan kita ibu yang jahat.
Namun begitu, selagi boleh, carilah ilmu dan
berikanlah bayi kita susu original. Jangan cepat memberi alasan. Hanya dengan
ilmu itu maka kita tahu kita akan lebih bersedia untuk memberi yang terbaik
kepada anak kita.
Kepada lelaki-lelaki di luar sana, galakkanlah
isteri untuk menyusukan bayi kamu. Percayalah, galakan kamu itu akan membuat
kamu lebih disayangi oleh isteri. Dan aku bersyukur, aku mendapat galakan yang
tidak berbelah bagi dari suami dan mama aku (walaupun mama aku jauh di Labuan).

December 23rd, 2008 at 4:16 pm
Hey, i save funny photos
here
January 3rd, 2009 at 6:57 pm
Bite my shiny metal ass, assholes, you were joked!