Cuti-cuti Malaysia
Kenangan Cuti-Cuti
Malaysia
Last weekend, my brother in law mengajak kami semua satu
keluarga besar bercuti di Pantai Balok, Kuantan. Keluarga besar? Sebenarnya tiada la besar
sangat. Adik-beradik husband aku ada 3 sahaja. Maknanya yang join ada 3 family,
sepasang suami isteri (my parents in law) dan ada kakak biras aku join sekali.
Piknik
Best memang best. Berkonvoi ramai-ramai dengan 4 kereta. Siap
berhenti sekejap di RnR Temerloh untuk berpiknik (kakak ipar husband aku yang
first bawa rendang ayam dan nasi impit, mak mentua bawa sambal bilis, kakak
ipar second bawa sandwich, aku tak bawa apa2..hehehe…). sepanjang perjalanan
dari KL ke Kuantan, anak-anak buah kerap bertukar-tukar angin (pindah dari
kereta ke kereta – naik kereta Pak Long, Pak Ngah dan Busu). Memang seronok.
Kecewa
Tapi yang kecewanya, sesampai di Pantai Balok sahaja, kami
check in di sebuah motel chokia yang amat la menyedihkan. Rasa tension pun ada
juga. Amat tidak berbaloi dengan bayaran RM65 satu malam. Bak kata abang ipar
ku, rumah *toot* lagi bagus dari motel ni (ini berdasarkan pandangan beliau
dari rancangan 999 yang dihoskan oleh Mazidul Akmal Sidek). Yang amat terasa sekali, mesti la parents yang
ada baby iaitu kami suami isteri dan abang iparku yang first. Nasib la water
heater motel tu boleh pakai. Kalau tidak, pening aku macamana la mau memandikan
Zizou.
Dan nasib baik juga aku ada bawa electric kettle, kakak ipar
aku bawa periuk, kuali, dapur gas. Maka boleh la aku masak bubur nasi untuk Zizou
(air pakai bottled drinking water). Yang penting, baby dapat makanan yang
bersih.
Pada sebelah malamnya, kami beramai-ramai makan seafood di sebuah
restoran di Tanjung Lumpur (semua join kecuali parents in law sebab dorang
penat). Sedap memang sedap. Namun begitu, ku sangkakan panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengahari. Hahaha..
Pelabur Asing
Kira-kira jam 2-3 pagi, sedang aku menyusukan Zizou, perut
rasa memulas2, tekak terasa mual mau muntah. Aku hentikan sekejap proses
nursing dan pastikan Zizou lena dahulu. Sedang aku menahan sakit di dalam
toilet, aku berfikir sejenak. Kenapa perutku sakit? Adakah kerana aku banyak
makan malam tadi? Adakah aku kena food poisoning? Adakah aku terkena tulah (pasal
aku ada cakap dengan husband aku – “Walaupun I sakit perut, I tanak guna toilet
kat motel tu”? padan muka aku.
Tiba-tiba, aku dengar Zizou menangis. Selepas ku intai, ku
lihat Zizou sedang meniarap mencari mummynya sambil merengek. Ku cuit husbandku
supaya dia layan Zizou sekejap kerana aku sedang sakit perut. Oleh kerana sesi
membuang belum dapat diselesaikan, maka sesi itu terasa lama. Ditambah pula
dengan Zizou yang beria-ia menangis, mungkin dia fikir dia ditinggalkan oleh
mummynya. Dalam kesakitan, aku berfikir “Apa la yang husbandku buat ni, kenapa Zizou
makin kuat menangis?”
Ngam2 setelah sesi aku selesai (including menyucikan diri),
aku dengar husbandku membesarkan suara dari dalam bilik “Cepat sket la b*rak
tu, buat apa lama sangat dalam toilet, anak tengah menangis ni”.. eiiii…geramnya
aku mendengarnya. “I kena cirit-birit
la, you tak sakit perut ke”, aku tanya husbandku. Dia dengan mamainya menjawab ”Tak,
I pun tatau perut I skrang ni rasa apa, ada macam-macam rasa”.. loyar buruk
pula dia.
Zizou kembali tenang bila dia nampak mummynya. Kami pun
tidur semula. Lepas tu aku terjaga. Suamiku baru keluar dari tandas. Dia dengan
muka berkerut memberitahu “Masuk ni dah 3 kali I masuk toilet”. Ambik ubat,
baru tahu.
Keesokan paginya, rupanya bukan kami berdua sahaja yang kena
cirit-birit. Semua yang makan malam semalam pun kena. Abang iparku kata “Semalam
ada ramai pelabur asing”. Kakak iparku di bilik sebelah pun ada terdengar Zizou
menangis kerana dia pun baru lepas melabur time tu. Hahahaha..
Zizou takut laut
Kalau parents ku tau aku bawa Zizou mandi laut, mesti dorang
marah. Walaupun mereka sendiri tinggal di tepi pantai, tapi kalau mengikut
kepercayaan orang kampung aku, memang pantang bawa baby ke tepi laut. I just
cross my finger, harap2 tiada yang buruk berlaku pada Zizou.
Zizou adalah baby yang amat enjoy bermain air ketika mandi. Tapi
dia amat tidak suka masuk laut. Mungkinkah kerana laut tu amat luas, atau
airnya yang sejuk, ataupun kerana bunyi dan tamparan ombak yang kuat? Rasa macam
membazir saja beli floaters khas untuk Zizou. Last2, anak sedara yang pakai. Takpe
la.. ada juga gunanya aku beli benda tu.
Akhirnya, kami masuk laut (di tepi2 sahaja) for not even 10
minutes. Lepas tu, kerana tidak mau membiarkan Zizou kesejukan, aku pun bawa Zizou
bersalin di washroom.
Awal balik
Kalau mengikut rancangan, kami sepatutnya balik ke KL pada
hari ahad. Oleh kerana husband aku langsung tidak enjoy (dengan cirit-birit dan
motel yang tidak best langsung), husband aku nekad untuk balik awal. Lepas arguing
dengan pemilik motel, husband aku pun dapat balik refund RM50 sahaja. Petang sabtu tu juga kami balik ke KL.
Kesimpulannya, kalau mau berholiday:
- Jangan berkira untuk mendapatkan keselesaan. Mood
holiday memang untuk gembira. Kalau orang dewasa sahaja yang bercuti tidak apa
jika tempat tinggal tu daif, tapi kalau ada bawa baby, kebersihan adalah yang
paling utama. - Bawa pil Chi Kit Teck Aun
- Tunggu Zizou besar sket, baru la ngam bercuti. Mungkin
akan lebih enjoy.
June 6th, 2007 at 4:51 am
setuju sangat2 dengan kesimpulan pasal cuti2 malaysia ni.hehe…holiday utk enjoy.:)
June 11th, 2007 at 5:00 pm
Holiday untuk enjoy… aku plan mo holiday ke Singapore bawa Zizou dalam tahun ni juga… ada passport psl pegi bangkok last year.. kalau biar idle ja for the rest 5 years rasa macam rugi… mo simpan duit ni.. hehehe..