Balik-balik menyanyi..bosan..
Friday, July 27th, 2007
Aku memang boring dengan senario (eiseh…pakai perkataan senario..)
hiburan di Malaysia ni yang balik2 menghidangkan pertandingan menyanyi. Lepas tu,
pemenangnya kena pilih dengan undian sms orang awam pula tu.
Macam tiada pertandingan lain saja boleh buat. Tapi ada juga
sesetengah contest yang bukan pasal menyanyi dan kira macam segar juga la..contoh
So you Think You Can Dance dan pertandingan cari pekerja Carrefour – aku pun
tidak ingat tajuk - (konon tiru The Apprentice+Survivor+ ntah apa2 lagi la)..
but still, guna sms.
Baru2 ni ada pula pertandingan nyanyian LG dan di kalangan
peserta tu ada pula budak sekolah rendah. (Tak sekolah ke?). .. the rest of the
contestants pula, adalah muka2 pencuba nasib yang gagal untuk masuk AF,
Malaysian Idol dan lain-lain pertandingan nyanyian.
Aku rasa Malaysia ni sudah kehabisan bakat la. Pasal balik2
muka sama juga pergi audition. Lepas tu semua nyanyi lagu orang..boring… (kalau
nyanyi lagu dorang sendiri, lagi boring la kali…)
Aku ni kata ja boring, tapi kadang2 aku tengok juga. Tapi,
aku tidak SMS. Aku tengok sambil aku kutuk. Hahaha..
SMS? Aku pun heran kenapa people keep SMSing untuk
pertandingan yang memang 100% tidak akan membawa keuntungan kepada penghantar SMS
tu. Siapa yang SMS sebenarnya, adakah hanya di kalangan sanak saudara dan kawan-kawan
peserta tu sahaja?
Untung ka stesen TV yang buat pertandingan nyanyi2 ni? Kalau
AF tu sah2 aku rasa macam bawa banyak untung, tapi yang lain2 tu, banyak ka SMS
yang masuk?
Menyanyi, menyanyi… nampaknya rakyat Malaysia ni bakal jadi
macam orang-orang yang hidup dalam filem Hindustan. Kurang pada part menari
saja.
p/s: Aku tengok AF saja.. pasal promosi dorang bagus kot. But
still, aku tidak undi. Huhuhu….

