Breast Pumps

Semasa mengandung, aku sebenarnya
tidak pernah ada hasrat pun mau breastfeed baby aku. (Walaupun aku tau manfaat
menyusukan anak dengan susu badan.) Lepas aku dibawa ke wad dengan keadaan
separuh badan numb (masih dalam keadaan bius), nurse pun datang hulurkan Zizou
untuk disusukan. Nurse yang halakan breast aku ke mulut Zizou. Dengan kuasa Allah,
Zizou pandai betul latching. Nurse siap puji lagi “Pandai dia menyusu”… aku
menjadi kagum dengan baby aku sendiri dan terus bertekad untuk menyusukan Zizou
selagi boleh.

P6060098b

Bila sudah discaj dari hospital
dan balik ke rumah, aku minta tolong husband untuk belikan aku pam. Aku pun
tidak sure kenapa aku buat permintaan macam tu. Mungkin kerana aku fikir susu
aku terlalu sedikit. (Walhal, for the first 5 days, memang susu sikit sangat
pun, sebab yang keluar dari susu adalah kolostrum.. tu la… takde ilmu punya
pasal).

Daddy si Zizou ni pun belikan la
aku pam susu jenama pureen yang guna bateri. Mahal juga la. Dalam RM80+ begitu
tidak silap. Tapi pakai pump ni, amat la menyakitkan (time mula2 pakai, sudah
lama…alah bisa, tegal biasa)…

Apabila cuti bersalin sudah
semakin berakhir, aku pun berhasrat mau beli pump yang lebih baik kerana aku
mau buat stok untuk bekal Zizou di rumah pengasuhnya ketika aku bekerja. For this
time, aku beli Avent ISIS. Manual breast pump. Lebih mahal dari yang pureen tu
tapi memang bagus sangat.

Lama-lama, aku boring pula guna
Avent ISIS ni, pasal tangan sudah lenguh mengepam. Untuk Zizou pula aku sudah
standby dengan susu NAN di rumah babysitternya sekiranya susu yang aku bekalkan
tidak cukup. Tapi mengikut kata mbah si Zizou, “Addin tak suka minum susu
bancuh, apa kata try susu yang lain”…

Bila mbah si Zizou mencadangkan
aku untuk try susu formula yang lain, tiba2 benda ni jadi wake up call untuk
aku. Buat apa la aku susah2 mau cari formula milk yang Zizou akan suka,
sedangkan sudah terang lagi bersuluh, Zizou memang hanya suka susu aku sahaja. Sudah
la sedap, berkhasiat pula (hehehe…. Aku pernah try rasa sikit, memang susu ibu
jauh lebih sedap daripada formula milk)..

Now, aku rasa, it’s time for me
untuk mendapatkan breast pump yang lebih menjimatkan masa, lebih berkesan
memerah susu dengan tidak memenatkan tangan aku – breast pump elektrik. Dan untuk
kesan yang lebih bagus, aku mau buat double breast pumping.

Yang amat gembiranya, daddy si
Zizou sendiri menawarkan untuk beli breast pump baru untuk aku. Alhamudillah,
kiranya aku tidak perlu pening pasal budget bulan ni. (Sedangkan, aku memang
ada put aside some money pun..hehehe)…

Mudah-mudahan Allah berikan
rezeki yang lebih untuk Zizou minum susu aku. Mudah-mudahan, Allah tunaikan
hasrat aku untuk memberikan susu yang terbaik untuk Zizou.

 

Leave a Reply