Milk oh Milk!

Aku terpanggil untuk berkongsi
cara-cara untuk berjaya ni kerana aku rasa aku ada pengalaman dan sedikit ilmu.
Tapi aku sendiri pun tidak berjaya kerana aku sudah mengenalkan Zizou dengan
susu formula pada usia yang awal iaitu 3 bulan lebih. Aku saja-saja mau tulis
ni untuk menjadi panduan kepada semua orang (bakal ibu, wanita yang sudah lama
menjadi ibu dan teringin menambah anak lagi, wanita yang merancang untuk ada
anak, lelaki-lelaki yang ada anak dan teringin ada anak) yang baca blog ni dan
pengajaran untuk diri aku sendiri.

Sebagai ibu manusia, aku rasa
amat mustahak setiap bayi manusia juga minum susu manusia. Aku amat pro
breastfeeding but sadly, bukan hard core breastfeeder (sob…sob..isk). Dan dalam
masa yang sama, aku bukanlah meremehkan susu formula. Cuma aku rasa amat
kasihan dengan bayi yang belum pun berumur 2 bulan tapi diberikan minum susu
formula. Dalam masa beberapa bulan pertama umur bayi, time tu la otak mereka
cepat berkembang.

Insyallah, kalau ada rezeki
second project nanti (adik Zizou akan datang), aku harap aku dapat
menyusukannya 6 bulan pertama secara ekslusif (tanpa susu formula, air masak,
glukos, nestum dan apa2 la tanpa nasihat daripada doctor). Moga diizinkan
Tuhan…

Breastfeeding

Cara-cara untuk berjaya menyusu
baby dengan susu badan ialah

Ketika mengandung

  • Ketika mengandung, pasangkan niat dan tanamkan
    azam untuk menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Janganlah hanya fikir mau
    shopping baju baby jenama apa, pampers apa, katil macamana, macamana mau kurus
    balik…hanya keazaman yang kuat dapat menjamin penyusuan susu badan sepenuhnya.
  • Niat dan azam tu pula haruslah disertai dengan
    belajar apa yang patut. Sekarang banyak sumber bacaan yang boleh didapati
    daripada majalah, buku, internet. Rata-rata ibu di US ada kesedaran untuk
    menyusukan anak mereka. (Means, sumber bacaan tu pun akan banyak juga lah).
    Kalau tidak paham English, website orang Malaysia pun banyak. Use your Google.
    (Kalau malas membaca, tanya dengan orang yang tahu.. tanya aku pun boleh…no
    hal).
  • Educate suami anda ketika sedang mengandung
    supaya dorang pun sama-sama tahu kepentingan susu badan kepada baby yang bakal
    lahir. Suami adalah orang yang paling terdekat dan mempunyai hak yang sama
    besar dengan hak ibu ke atas baby. Sekiranya suami juga concern agar baby mendapat
    yang terbaik, insyallah dorang mesti menyokong.
  • Carilah hospital dan doktor bersalin yang
    menyokong breastfeeding. Ini adalah salah satu factor kejayaan awal yang paling
    utama sebenarnya. Hospital rakan bayi akan memastikan bayi disusukan ibu dalam
    masa sejam selepas dilahirkan untuk merangsang kebolehan bayi menyusu dengan puting
    asli (bukan puting botol) dan keupayaan hormon ibu yang mengeluarkan susu. Bayi
    yang dikenalkan dengan puting tiruan akan mengalami nipple confusion jika disuakan
    puting payudara ibu dan ini akan menyukarkan proses penyusuan badan. (Janganlah
    lepas bersalin ingat mau rileks saja, memang bersalin tu penat… sebenarnya dengan
    menyusu, badan akan mengeluarkan hormon yang mengecutkan rahim dan melegakan
    kesakitan ibu, kuasa Allah…aku yang bersalin caesarean pun boleh menyusukan
    baby ketika masih numb sebab bius. Sebelah tangan saja boleh gerak sebab
    sebelah lagi kena masuk drip).

 

Ketika pantang

  • Jangan beranggapan bahawa proses penyusuan itu
    akan berlaku secara semulajadi. Ramai ibu2 yang baru melahirkan anak akan jadi
    panik sebab bayi mereka tidak mahu menyusu badan atau susu mereka tiada atau
    sedikit. Harus diingatkan, penyusuan yang berjaya melibatkan banyak faktor –
    cara pelekapan mulut bayi pada payudara yang betul adalah salah satu factor
    paling utama. Salah lekap (latching), puting mungkin akan terasa sakit dan
    luka.
  • Mengikut kajian dan fakta, there’s no such thing
    is susu tiada! Harus diingatkan bahawa pada 4-5 hari pertama selepas melahirkan
    anak, susu amat sedikit dan berwarna kuning cair kerana yang keluar dari
    payudara ialah susu awal atau kolostrum. Kolostrum ni walaupun sedikit tetapi
    sebenarnya cukup untuk mengenyangkan bayi. Selepas 4-5 hari pertama, expect lah
    untuk menerima kelimpahan susu.
  • Susu badan adalah susu yang teramatlah sesuai
    untuk diconsume oleh bayi kerana amat mudah dihadam (disamping khasiat yang
    tidak ternilai). Senang hadam bermakna cepatlah lapar. Means tidur bayi tu tidaklah
    lama. Kalau bayi sudah terjaga dan menangis kelaparan, cepat-cepatlah hulurkan
    susu. Bayi yang minum susu formula akan tidur lebih lama kerana susu itu lambat
    dihadamkan. Sama lah macam ular yang baru makan seekor lembu akan tidur 3 bulan
    kerana lembu tu tidak hadam dalam masa yang pantas. So, jangan terpengaruh
    dengan kata-kata orang, “Baby yang minum susu botol lama tidur pasal dia
    kenyang”…
  • Dapatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi
    daripada ibu bapa dan mentua, penjaga ketika pantang dan terutama sekali, suami
    sendiri. Jika mereka tidak menyokong anda, lapangkan dada dan pekakkan telinga.
    Banyak kes berlaku apabila ibu-ibu yang patah semangat kerana dihasut oleh
    orang terdekat dengan mereka. Skrip yang biasa didengari “Bagi lah baby tu
    minum susu botol, susu tak cukup kot, kesian baby tu”…
  • Minum banyak air. Penyusuan akan buat ibu berasa
    dahaga.
  • Jangan fikir asyik hendak berpantang dan
    mengembalikan bentuk badan asal. Proses penyusuan itu sendiri akan menggunakan
    banyak kalori. Dengan diet dan senaman yang betul, badan akan lebih kurus
    daripada sebelum mengandung. Percayalah! (Tidak percaya ka? Lihat badanku,
    ramping kan…). Kepada para suami, mau isteri anda cepat turun badan, sokong
    dorang untuk breastfeeding.
  • Co-sleeping dengan baby. Amatlah menyenangkan
    hidup especially pada sebelah malam sebab tidak payah bangun untuk bancuh susu.
    Selak baju, mengiring, sua susu pada baby, habis cerita. Ibu happy, baby
    kenyang, bapanya pun tidur nyenyak.

 

Sebelum kembali bekerja

  • Simpan stok susu untuk bekalan baby (di nursery,
    rumah babysitter, di bawah jagaan maid atau parents) ketika bekerja. Susu boleh
    disimpan dalam peti ais supaya tidak rosak. Susu yang disimpan dalam peti ais
    adalah 1000 kali ganda lebih baik khasiatnya daripada susu formula yang baru
    dibancuh.
  •  Melaburlah untuk pam susu yang bermutu dan boleh
    digunakan untuk jangka masa panjang. Pam susu yang baik adalah yang tidak
    menyakitkan dan mempunyai sedutan yang sama seperti sedutan bayi. Untuk
    keselesaan dan penjimatan masa, boleh guna pam berkuasa elektrik dan berupaya
    melakukan double pumping. (Tapi ramai juga yang perah pakai tangan saja..
    percuma dan efektif..)
  • Bekalan susu adalah berdasarkan permintaan.
    Macam belajar ekonomi. Mengepam di pejabat akan memastikan bekalan susu akan
    sentiasa ada. Jika sesi penyusuan di skip, otak akan berfikir, susu tidak
    diperlukan. Maka bekalan susu juga akan semakin sedikit.
  • Ajarlah penjaga baby supaya pandai menyediakan
    susu perahan kepada baby. Cara yang betul akan memastikan khasiat susu perahan
    tidak hilang.

 

Motivasi diri sendiri

  • Bayi yang minum susu ibu kurang terkena
    jangkitan penyakit. Means, kurang pegi
    klinik. Oleh itu, jimat duit.
  •  Bayi amat senang kena alergik. Cara untuk
    mengurangkan risiko alergik ialah dengan minum susu ibu sahaja. (Provided ibu
    sendiri tidak makan benda yang menyebabkan alergik – bawak2 la berpantang,
    bukan untuk orang lain, untuk anak sendiri juga. Baby yang alergik susu lembu,
    selalu dinasihat minum susu soya, lagi mahal).
  • Bayi yang minum susu ibu sahaja, semuanya pun
    normal. Kalau berak cair ka, tak berak ka, doctor akan kata tidak perlu risau.
    Baby yang minum susu formula, mesti doctor advise, tukar susu.
  • Susu ibu adalah free tetapi teramatlah mahal.
    (Cuba try perah..kadang2 mau kumpul 1 oz pun macam bercinta)…  Lagi mahal daripada susu formula yang paling
    mahal dalam dunia.
  •  Susu ibu pada 3 bulan pertama ada laxative
    (senangkan berak). Ibu bayi yang terkena jaundice (penyakit kuning) akan
    dinasihatkan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Kerana kuning akan keluar
    ikut najis (sedikit sahaja melalui kencing). Jadi, lebih banyak bayi berak, lebih
    cepat penyakit kuning sembuh.
  • Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tidak
    boleh. Antara contoh istimewa:
  • Ibu
    zaman dulu-dulu (sebelum wujudnya susu formula), dorang bagi baby minum susu
    badan. Kalau dorang banyak alasan kunun susu tiada, susu sikit, macamana baby
    dulu-dulu mau makan dan boleh hidup.
  • Dalam
    Oprah, ada ditunjukkan ibu kepada kembar enam menyusukan anaknya hanya dengan
    susu badan. Hari-hari kena pam 50-60 kali untuk menyusukan anak-anaknya
  • Ramai
    ibu yang bekerja yang berhasil menyusukan baby mereka 6 bulan secara ekslusif
    dan meneruskan hingga baby mereka berumur 2 tahun. Ibu-ibu yang bekerja tu dari
    pelbagai sector. Bukan yang kerja pejabat sahaja, kerja doctor ada (selalu
    on-call), kerja stewardess ada (selalu fly), kerja besar-besar ada (selalu out
    station).

 

Lagi satu,
selalulah mendekatkan diri dengan ibu-ibu yang menyusukan anak mereka juga. Boleh
lawat http://www.susuibu.com atau http://www.momslittleones.com atau http://www.mymomsbest.com

Senang cerita,
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. With breastfeeding, no money, still
can talk. Pasal ia free.

Kalau mau bagi
susu formula juga, terpulang. Tepuk dada, tanya selera. (Kalau tanya baby,
mesti dorang cakap “I want the real thing!)… tapi seorang ibu yang amat
prihatin dengan kebajikan anak, kalau dorang aware bahawa susu ibu amatlah
hebat khasiatnya, mesti akan tolak susu formula mentah-mentah.

p/s: Ada orang
beranggapan, ibu yang bagi anaknya susu badan tu macam orang kampung, tiada
class, pasal bagi benda free.. sorry sikit… berapa ramai ibu sekarang sanggup
belanja beribu riban RM untuk beli breastpump and accessories untuk baby
mereka. In the end, belanja beli breastpump tu still jimat daripada beli susu
formula untuk jangka masa panjang.

 

Leave a Reply