Archive for August, 2007

Zizou sakit & kes lepas geram

Monday, August 13th, 2007

Zizou & Viral Infection

2 kali Sabtu yang lepas, di waktu pagi yg sunyi (jam 3), Zizou start
muntah2 setiap setengah jam.. menjelang pagi, aku sudah menjadi bingung. Apa yg
Zizou makan buat dia muntah2 ni? Porridge yg aku buat? Sebelum ni ok ja? Susu NAN
yang dia minum di rumah bbsitter nya? Aku rasa susu tu belum expired. Susu aku
sendiri? Lagi la sepanjang masa fresh manjang (hanya kuasa tuhan yg boleh buat
susu aku ni basi)..

Kami hantar Zizou ke klinik. Kena bagi ubat tahan muntah,
colic, sakit perut dan oral salt. Sampai rumah, badan Zizou jadi panas dan
Zizou start cirit-birit. Ya Allah.. tambah la aku puzzle. Aku bagi Zizou minum
ubat demam. Menjelang tgh malam, baru la bbsiteer bgtau dia suspek Zizou kena
jangkitan kuman sebab ada budak yang dia jaga cirit-birit since Wednesday.

Sudahnya, kami bawa Zizou ke Hosp Putrajaya. Zizou kena
masuk air. Hari rabu, bawa lagi ke Hosp Putrajaya sebab Zizou sudah semakin
lembik, cengkung, tidak aktif dan dehydrate. Zizou kena admitted selama 2 hari.

Lebih teruk lagi, mummy si Zizou ni pun kena jangkit juga. Apa
la nasib.. Alhamdulillah, sekarang Zizou sudah sihat dan aktif seperti sedia
kala.

 

KES LEPAS GERAM

Kes doctor yang berlagak

Pagi sabtu kami bawa Zizou ke klinik tu. Sebenarnya, bukan
klinik. Tapi adalah sebuah pusat perubatan yang terkenal di Bangi. Hasrat kami
besar untuk berjumpa dengan specialist. Tapi kerana hari masih terlalu pagi,
hanya doctor biasa saja yang bertugas.

Doctor yang kami jumpa tu…bertanya seperti acuh tak
acuh..bagi penerangan seperti tiada penerangan..gayanya macam busy mau mampus..
macam mau kami blah cepat saja dari biliknya. Oleh kerana aku tidak faham
penerangan yang dia berikan tentang macamana mau bagi ubat utk Zizou, dia boleh
jawab “Saya cakap apa tadi?”..

Dushh…tersirap darah aku mendengarnya.. nasib baik aku tgh
pegang Zizou. Kalau tidak, mmg aku sudah bawa gaduh doctor tu.. sudahlah aku
datang klinik tu aku bayar servis dia, dia boleh buat taik sama aku ni.

Tapi aku sabarkan, kerana aku fikir mungkin dia baru lepas
bergaduh dengan suaminya. Atau mungkin hari ni adalah hari pertama dia period. Atau
mungkin jua dia sedang menderita penyakit cirit-birit. Atau mungkin juga dia
pening kerana diburu Along. Atau mungkin dia sedang menghadapi dakwaan dari
patient dia yang tidak puas hati. Nasib la… kalau dia ada klinik sendiri, aku
bagi masa 1 bulan saja…sure bankrap.

So, sekiranya anda doctor dan anda membaca blog saya ini,
anggaplah diri anda sebagai patient sebelum merawati patient anda sendiri. Apa salahnya
berbudi bahasa. Educate patient anda supaya kami lebih faham sebelum mengambil
ubat dan kami lebih tahu mengenai penyakit yg kami hadapi. Tahulah anda belajar
tinggi.. tapi, sedarlah…ilmu anda adalah daripada Allah… maka Dia berhak untuk
mengambil ilmu tersebut bila-bila sahaja Dia suka.. tiada guna anda takbur
dengan ilmu yang anda miliki..kalau mau ilmu tu berkat, merendah diri la… anda
jadi doctor untuk membantu insan lain, bukan untuk berlagak..

 

Kes ibu menghantar anak yang sakit ke nursery/rumah bbsitter

Budak yang dijangkiti cirit-birit sejak Rabu tu… selamba
saja dihantar oleh ibunya… hari Khamis pun dia hantar, hari Jumaat pun dia
hantar… bila anak orang lain sudah terjangkit, pandai pula dia hantar anaknya
ke kampung..

Bbsitter aku pun seganlah, takkan la dia mau menolak budak
tu.. jadi terpaksa la jaga.. mau salahkan dia pun, aku rasa macam tidak patut
juga…

Dalam hati ni, rasa macam mau sound saja ibu budak tu.. “kau
tidak mau cuti pun, jangan la menyusahkan orang..pandai beranak, pandai la jaga
anak. Kau cari duit pun bukan untuk orang lain, untuk anak kau juga. Tau la kau
bayar bbsitter tu, tapi pandai2 lah bertimbang rasa. Tidak pasal2 anak orang
lain dan ibu-ibu mereka terlibat.

Anak kau tu adalah besar 2 tahun. Anak aku baru umur 8
bulan. Risiko anak aku untuk parah adalah lebih daripada anak kau tu. Kalau ada
apa2 jadi, kau mau jawab ka? Nasib baik dia masuk hospital lepas tu sembuh..
tapi kalau tidak pandai sembuh, kau mau cakap apa? Kau mau ganti ka anak aku? Kau
mau bayar ka bil hospital aku? Cuti aku habis 5 hari tu kau mau ganti ka?

Kan bagus awal2 kau hantar anak kau pegi ke kampung, tidak
la menyusahkan orang..”

Geramnya aku….

Pilih yang mana satu

Thursday, August 2nd, 2007

Picture19threemothers

Terdapat tiga wanita di
dalam gambar ini. Wanita yang kiri sekali memberikan anaknya susu formula
melalui botol. Wanita tengah adalah seorang ibu yang sedang mengandung. Wanita
ketiga pula seorang ibu yang menyusukan bayinya dengan susu ibu.

Jika diperhatikan sehalusnya, dapat kita lihat bahawa tiada ‘eye contact’ atau
perhubungan mata antara wanita pertama dengan anaknya yang menyusukan susu
formula itu. Ibunya asyik memandang ke arah lensa kamera untuk memastikan
wajahnya menarik ketika gambar diambil. Dia langsung tidak memandang wajah
anaknya yang sedang menyusu, dan si anak pula sibuk memandang ke arah lain
tanpa memperdulikan ibunya.

Ibu ketiga (ibu yang memberikan susu ibu) pula adalah sebaliknya. Beliau
langsung tidak menghiraukan lensa kamera kerana lebih asyik memerhatikan
bayinya yang enak menyusu. Bayinya juga turut memerhatikan ibunya dengan penuh
kasih sayang. Mereka berada di dalam dunia mereka sendiri seperti dua insan
yang bercinta. Inilah penangan susu ibu. Hanya mereka yang pernah menyusukan
bayi mereka yang sepenuhnya sahaja memahami perasaan ini.

Manakala ibu kedua pula sibuk memikirkan ketika bayi yang bakal dilahirkan
kelak, ibu yang mana akan dicontohinya? Ibu pertamakah atau ibu ketiga?