Pilih yang mana satu

Picture19threemothers

Terdapat tiga wanita di
dalam gambar ini. Wanita yang kiri sekali memberikan anaknya susu formula
melalui botol. Wanita tengah adalah seorang ibu yang sedang mengandung. Wanita
ketiga pula seorang ibu yang menyusukan bayinya dengan susu ibu.

Jika diperhatikan sehalusnya, dapat kita lihat bahawa tiada ‘eye contact’ atau
perhubungan mata antara wanita pertama dengan anaknya yang menyusukan susu
formula itu. Ibunya asyik memandang ke arah lensa kamera untuk memastikan
wajahnya menarik ketika gambar diambil. Dia langsung tidak memandang wajah
anaknya yang sedang menyusu, dan si anak pula sibuk memandang ke arah lain
tanpa memperdulikan ibunya.

Ibu ketiga (ibu yang memberikan susu ibu) pula adalah sebaliknya. Beliau
langsung tidak menghiraukan lensa kamera kerana lebih asyik memerhatikan
bayinya yang enak menyusu. Bayinya juga turut memerhatikan ibunya dengan penuh
kasih sayang. Mereka berada di dalam dunia mereka sendiri seperti dua insan
yang bercinta. Inilah penangan susu ibu. Hanya mereka yang pernah menyusukan
bayi mereka yang sepenuhnya sahaja memahami perasaan ini.

Manakala ibu kedua pula sibuk memikirkan ketika bayi yang bakal dilahirkan
kelak, ibu yang mana akan dicontohinya? Ibu pertamakah atau ibu ketiga?

5 Responses to “Pilih yang mana satu”

  1. CafeOvakema Says:

    hi cool

  2. bbcode is on cheap cialis Says:

    Yes I agree with you!

  3. buy viagra online inurl Says:

    Hello, good site

  4. levitra visa Says:

    Yes it’s truth!

  5. cialis medication Says:

    Yes it’s truth!

Leave a Reply