New Blog Site, New Fotopages

June 12th, 2007 by naiaz

Dear Friends,

Skarang ni aku ada try blog baru.

http://naiaz.blogspot.com

Blog baru ni akan aku guna menggantikan blog friendster ni. Sekiranya
aku rasa blogspot tu tidak best, aku akan patah balik guna blog sini.

Fotopages pun ada jugak yang baru

http://nadiaw.fotopages.com

Feel free to visit, dan kalau nak bagi komen pun dialu-alukan.

Cuti-cuti Malaysia

June 4th, 2007 by naiaz

Kenangan Cuti-Cuti
Malaysia

Last weekend, my brother in law mengajak kami semua satu
keluarga besar bercuti di Pantai Balok, Kuantan.  Keluarga besar? Sebenarnya tiada la besar
sangat. Adik-beradik husband aku ada 3 sahaja. Maknanya yang join ada 3 family,
sepasang suami isteri (my parents in law) dan ada kakak biras aku join sekali.  

Piknik

Best memang best. Berkonvoi ramai-ramai dengan 4 kereta. Siap
berhenti sekejap di RnR Temerloh untuk berpiknik (kakak ipar husband aku yang
first bawa rendang ayam dan nasi impit, mak mentua bawa sambal bilis, kakak
ipar second bawa sandwich, aku tak bawa apa2..hehehe…). sepanjang perjalanan
dari KL ke Kuantan, anak-anak buah kerap bertukar-tukar angin (pindah dari
kereta ke kereta – naik kereta Pak Long, Pak Ngah dan Busu). Memang seronok.

Kecewa

Tapi yang kecewanya, sesampai di Pantai Balok sahaja, kami
check in di sebuah motel chokia yang amat la menyedihkan. Rasa tension pun ada
juga. Amat tidak berbaloi dengan bayaran RM65 satu malam. Bak kata abang ipar
ku, rumah *toot* lagi bagus dari motel ni (ini berdasarkan pandangan beliau
dari rancangan 999 yang dihoskan oleh Mazidul Akmal Sidek).  Yang amat terasa sekali, mesti la parents yang
ada baby iaitu kami suami isteri dan abang iparku yang first. Nasib la water
heater motel tu boleh pakai. Kalau tidak, pening aku macamana la mau memandikan
Zizou.

Dan nasib baik juga aku ada bawa electric kettle, kakak ipar
aku bawa periuk, kuali, dapur gas. Maka boleh la aku masak bubur nasi untuk Zizou
(air pakai bottled drinking water). Yang penting, baby dapat makanan yang
bersih.

Pada sebelah malamnya, kami beramai-ramai makan seafood di sebuah
restoran di Tanjung Lumpur (semua join kecuali parents in law sebab dorang
penat). Sedap memang sedap. Namun begitu, ku sangkakan panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengahari. Hahaha..

Pelabur Asing

Kira-kira jam 2-3 pagi, sedang aku menyusukan Zizou, perut
rasa memulas2, tekak terasa mual mau muntah. Aku hentikan sekejap proses
nursing dan pastikan Zizou lena dahulu. Sedang aku menahan sakit di dalam
toilet, aku berfikir sejenak. Kenapa perutku sakit? Adakah kerana aku banyak
makan malam tadi? Adakah aku kena food poisoning? Adakah aku terkena tulah (pasal
aku ada cakap dengan husband aku – “Walaupun I sakit perut, I tanak guna toilet
kat motel tu”? padan muka aku.

Tiba-tiba, aku dengar Zizou menangis. Selepas ku intai, ku
lihat Zizou sedang meniarap mencari mummynya sambil merengek. Ku cuit husbandku
supaya dia layan Zizou sekejap kerana aku sedang sakit perut. Oleh kerana sesi
membuang belum dapat diselesaikan, maka sesi itu terasa lama. Ditambah pula
dengan Zizou yang beria-ia menangis, mungkin dia fikir dia ditinggalkan oleh
mummynya. Dalam kesakitan, aku berfikir “Apa la yang husbandku buat ni, kenapa Zizou
makin kuat menangis?”

Ngam2 setelah sesi aku selesai (including menyucikan diri),
aku dengar husbandku membesarkan suara dari dalam bilik “Cepat sket la b*rak
tu, buat apa lama sangat dalam toilet, anak tengah menangis ni”.. eiiii…geramnya
aku mendengarnya.  “I kena cirit-birit
la, you tak sakit perut ke”, aku tanya husbandku. Dia dengan mamainya menjawab ”Tak,
I pun tatau perut I skrang ni rasa apa, ada macam-macam rasa”.. loyar buruk
pula dia.

Zizou kembali tenang bila dia nampak mummynya. Kami pun
tidur semula. Lepas tu aku terjaga. Suamiku baru keluar dari tandas. Dia dengan
muka berkerut memberitahu “Masuk ni dah 3 kali I masuk toilet”. Ambik ubat,
baru tahu.

Keesokan paginya, rupanya bukan kami berdua sahaja yang kena
cirit-birit. Semua yang makan malam semalam pun kena. Abang iparku kata “Semalam
ada ramai pelabur asing”. Kakak iparku di bilik sebelah pun ada terdengar Zizou
menangis kerana dia pun baru lepas melabur time tu. Hahahaha..

Zizou takut laut

Kalau parents ku tau aku bawa Zizou mandi laut, mesti dorang
marah. Walaupun mereka sendiri tinggal di tepi pantai, tapi kalau mengikut
kepercayaan orang kampung aku, memang pantang bawa baby ke tepi laut. I just
cross my finger, harap2 tiada yang buruk berlaku pada Zizou.

Zizou adalah baby yang amat enjoy bermain air ketika mandi. Tapi
dia amat tidak suka masuk laut. Mungkinkah kerana laut tu amat luas, atau
airnya yang sejuk, ataupun kerana bunyi dan tamparan ombak yang kuat? Rasa macam
membazir saja beli floaters khas untuk Zizou. Last2, anak sedara yang pakai. Takpe
la.. ada juga gunanya aku beli benda tu.

Akhirnya, kami masuk laut (di tepi2 sahaja) for not even 10
minutes. Lepas tu, kerana tidak mau membiarkan Zizou kesejukan, aku pun bawa Zizou
bersalin di washroom.

Awal balik

Kalau mengikut rancangan, kami sepatutnya balik ke KL pada
hari ahad. Oleh kerana husband aku langsung tidak enjoy (dengan cirit-birit dan
motel yang tidak best langsung), husband aku nekad untuk balik awal. Lepas arguing
dengan pemilik motel, husband aku pun dapat balik refund RM50 sahaja.  Petang sabtu tu juga kami balik ke KL.

 

Kesimpulannya, kalau mau berholiday:

  • Jangan berkira untuk mendapatkan keselesaan. Mood
    holiday memang untuk gembira. Kalau orang dewasa sahaja yang bercuti tidak apa
    jika tempat tinggal tu daif, tapi kalau ada bawa baby, kebersihan adalah yang
    paling utama.
  • Bawa pil Chi Kit Teck Aun
  •  Tunggu Zizou besar sket, baru la ngam bercuti. Mungkin
    akan lebih enjoy.

Digicam, Boat trip and Zizou wants to sleep

May 27th, 2007 by naiaz

Sudah lama rasanya tidak memblogging ni. What’s new in my
life?

  • I want to buy a digital camera

Semuanya adalah kerana aku terlalu excited mau pegi family
vacation this weekend. My in-laws mengajak ke Balok. Aku excited bukan kerana
ke Balok, tapi kerana dapat pergi Kuantan (aku pernah study asasi UM dulu di
sini for 1 year and a half). Rasa rindu sangat.

Oleh kerana camera phone aku sudah rosak (dan aku malas mau
hantar repair), tambah pula camera phone husband aku langsung tidak best (nama
ja 2 mpxl.. tapi langsung tidak dapat menandingi camera phone aku yang
canggih..hehehe… I really love my camera phone – sony ericsson k750i). So, I think
this is the best time for us to buy a new camera – to capture all good moments
with Zizou.

Tapi ada masalah sket, me and my hubby, both bukan gadget
savvy…have to seek “expert” advise dari kawan-kawan…hehehe… byk juga guide yg
aku dapat… insyallah aku akan applykan malam ni…(mau beli camera malam ni). Wish
me luck!

 

  • My cousin just gets married

Congrats to Saiful pasal baru melangkah ke alam rumahtangga
dengan isterinya yang berasal dari Menumbok, Sabah. My dad bgtau dorang semlm
ke kenduri sebelah pengantin perempuan dengan menaiki bot. All the way dari
pantai Kg. Batu Manikar, Labuan meredah Laut China Selatan (or maybe shud I say
Brunei Bay? I’m not sure) ke pantai kampung pengantin perempuan. Happened to be
rumah pengantin perempuan juga depan laut, just like my kampung.

Syioknya.. my husband cakap “Macam orang dulu-dulu”… tapi
dia kata, imagine if the boat terbalik ke tengah laut, tidak ke naya
makcik-makcik ku yang menjadi wakil tu..

Dan aku bole selamba menjawab, “My dad and his siblings
adalah anak nelayan..kalau jatuh tengah laut pun bole selamba menyelam lepas tu
ble tangkap ikan lagi…”.. It’s true tho.. hehehe…

 

  • Zizou semakin bijak

Sebelum ni memang tiada masalah untuk tidurkan Zizou di
sebelah malam. Bagi saja susu sambil mengiring, tidak lama kemudian, Zizou
mesti akan terlena. Tapi sejak akhir-akhir ni, agak susah la juga. So, I have
new style to breastfeed him.

Selalunya ibu menyusukan anak sambil duduk. Tapi aku pula susukan
Zizou dengan cara cradle gunakan tangan aku, sambil aku berbaring. Maknanya Zizou
akan landing baik punya atas badan aku. Tapi cara ni memang pasti akan buat
Zizou lena. Mungkin dia selesa mendengar degupan jantung aku.

Zizou pula ada habit suka menghisap susu ketika tidur (as a way
to comfort himself dan bukan kerana Zizou lapar). Dan kejadian malam semalam
memang kelakar. Oleh kerana dia terlampau rapat dengan daddynya (Zizou sleeps
between me and my hubby), maka Zizou pun terhisap la tangan daddynya. Rasa kelakar
pun ada juga, tapi kerana kesian, aku pun pusingkan Zizou bagi dia hisap susu
yang betul.

Pagi tadi tanya daddynya, sedar ke tidak Zizou ada hisap
tangan daddynya. My husband bagitau, dia sedar tapi tidak tau macamana mau
react ketika tu. Hahaha… kalau aku lambat sket, mesti tangan daddynya sudah
merah seperti kena lovebite.   

ONADIA..

May 8th, 2007 by naiaz

1.Your name
plus "o"?
:: nadiao…macam teh ‘o’ pula.. ka bole tambah di depan jadi onadia..

2. Two feelings at the moment?
:: rindu pada Zizou dan family di Labuan..and I’m feeling sick… mo demam bah..

3. What are you listening to right now?
:: If I ain’t got you bebeh..

4.A part of a song lyric that’s in your
mind right now ?
:: that was the time, when I was broken hearted

5. Describe where you are right now ?
:: dalam cubicle aku, di opis..

6. What is your highlight of the week ?
:: this weekend I want to go Mummy n Me at Midvalley

7. What are you craving to have right
now?
:: hmm.. teda, maybe pasal aku just had my breakfast

8. Any unforgettable childhood memory?
:: lots…yang paling best part aku gunting rambut Tasha..hahaha..

9. A not-so-good childhood memory?
:: aku terseliuh kaki..

10. What are your nicknames?
:: kawan2 aku sini panggil aku nad, kawan2 labuan panggil aku nai, kawan2 aku
sekolah kk dulu panggil aku naydee..

11. Your plans for tomorrow ?
:: kerja… ble mc ka? Aku rasa macam mau demam ja ni..

12. Your plans for today ?
:: di opis, periksa spek tender, surf pasal master apa aku mau ambil

13. Are you thinking of someone
right now?
:: no one else…aku ingat Zizou ja.. pasal td aku hand over ke pengasuhnya, ia
nangis

14. Do you party ?
:: dulu time bujang, puas juga party… sejak aku kawin, macam jarang2..

15. Do you like twins ?
:: em… kalau twins orang lain, ok ja.. kalau sendiri, never dream about it..

16. Fill in the blank "I am ..
:: a mother.. Happy Mother’s day for me

18. Say
anything you like to say to
whoever is reading?
:: stay in touch…

19. Are you feeling hungry?
:: nop…

20. Who do you miss ryt now?
:: my son, Zizou…

21. Last friend you saw online?
:: Kamal Md Nor..

22. Are you in love?
:: mesti la…

23. What do you like about night?
:: time anak aku tidur..bermanja dengan husband..

24.If you were in a farm, what do you
want to see ?
:: ayam, itik, angsa, kambing..

25. Last person who gave a testimonial
to you?
:: my long lost friend time di Kuantan dulu…

26. Did you like it?
:: suka juga..

27. Do you play an instrument?
:: no…rekoder pun tidak pandai..

28. What song did u last hear ?
:: Berdua lebih baik.. bertiga lagi bagus..

Happy Mother’s Day

April 30th, 2007 by naiaz

SELAMAT HARI IBU kepada Mama - Pn. Zabidah Bt. Karamin, Mak (ibu mertua) - Pn. Jariah Bt. Buchin, ibu saudara sebelah mama dan bapa, Kak Long dan Kak Ngah (biras), Kak Ros (babysitter Zizou), dan semua wanita yang bergelar ibu especially kawan-kawan ofis, kawan-kawan seperjuangan yang pernah study sama-sama dulu, ibu kepada kawan-kawan yang aku kenal dan rapat contoh macam mama si Diana di Ampang, mama si Siqim di Labuan, mama si Alen di Labuan juga dan ramai lagi la. Dan tidak dilupakan, kepada aku sendiri.

Sesungguhnya pengalaman menjadi ibu (walau masih setahun jagung – belum sampai setahun pun, baru 4 bulan lebih) mengajar aku menjadi manusia yang lebih sabar, bertimbangrasa, empati, tidak mementingkan diri dan lebih ceria.
Ceria kerana aku rasa hidup aku lebih bermakna. Walau setiap hari perlu bangun lebih awal dan tidur lebih lewat untuk menguruskan keluarga, namun aku rasa masa tidur aku tetap cukup.

Setiap kali terjaga dari tidur, azamku nekad hidup kerana Allah, kerana suami yang inginkan aku menjadi isteri yang membahagiakannya, kerana Zizou yang mahukan mummynya sihat untuk melayan karenahnya dan kerana mama dan bapaku di Labuan yang sentiasa mahukan puteri sulung mereka ini menjadi MANUSIA yang lebih baik setiap hari.

Hanya selepas menjadi ibu maka aku sedar pengorbanan yang mama pernah lakukan untuk aku. Setiap pengorbanan mama sure aku tidak akan mampu balas 100%.

Sempena Hari Ibu yang bakal tiba, aku berdoa semoga Tuhan memurahkan rezekiku dan memberi aku kesihatan supaya aku dapat berbakti kepada mama dan bapa dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Zizou dan suamiku. Amin.

Sekarang barulah ku tahu nilai Hari Ibu! Semoga aku menjadi isteri dan ibu yang terbaik! Gambarimas!

April 19th, 2007 by naiaz

Hari ni genaplah usia Zizou berumur 4 bulan 2 minggu dan 2 hari. Pada 8 April 2007 yang lepas, Zizou sudah pandai meniarap sendiri. Sebelum tu, Zizou pandai mengiring saja. Punya la excited aku ni bila tengok Zizou sudah pandai meniarap. 

Dsc08840_1

Tapi yang musykilnya ni, Zizou pandai meniarap, tapi tidak pandai pusing balik. Oleh kerana aku ni baru ada sorang ja baby, pengalaman belum ada lagi, so aku fikir, maybe next time dia pandai la pusing balik tu.

Risau jugak, kadang-kadang time tengah malam aku terjaga, aku tengok si Zizou ni tengah meniarap sambil tersengih-sengih tengok aku. Dia fikir mummy dia ni buka mata mahu bawa dia bermain la tu. Aku pula memang mahu ajar Zizou bahawa tengah malam adalah time to bed bukan time to play, aku baringkan dia balik, bagi minum susu sambil mengiring. 

Oleh sebab Zizou suka buat akrobatik bersendirian di malam hari, daddy dia jadi takut mahu jaga Zizou time aku pegi kursus 3 malam di Port Dickson. Dia risau kalau-kalau Zizou penat meniarap, daddynya pula nyenyak tidur, tidak fasal-fasal Zizou lemas fasal penat mahu angkat kepala dan muka tersembam di tilam. Nauzubillah. Jadinya, daddynya berjaga setiap malam fasal mahu jaga Zizou. Kesian daddy.

Selain daripada tu, Zizou sekarang suka masukkan apa-apa saja dalam mulut. Tangan dia sendiri, patung, almost everything. Kalau bagi puting kosong, pandai pula dia jeluakkan balik. Kalau tangan mummy dan daddy dia, sedapnya la dia hisap bersungguh-sungguh macam ada rasa coklat saja.

Pernah sekali tu, Zizou hisap tangan aku (bahagian atas siku) sambil aku mendukung dia, hisap dengan kuat sampai tangan aku berbekas macam kena lovebite.

Lepas tu, ada la pula anasir-anasir yang bersungguh-sungguh kempen aku supaya bagi Zizou makan nestum. Dorang cakap Zizou tu suka hisap tangan fasal dia lapar, tidak kenyang minum susu.

Aku cakap saja la baik-baik, nanti Zizou sudah 6 bulan, aku bagi la dia solid food. Insyallah kalau sudah tiba masanya dan aku rajin, aku akan masak sendiri bubur Zizou instead of giving him nestum. Tidak sabarnya mahu masak untuk Zizou!

Jangan marah mummy

April 17th, 2007 by naiaz

Zizou
Jangan marah mummy
Mummy kena pergi
Terpaksa tinggalkan zizou
Sabarlah zizou


Zizou
Jangan merajuk dengan mummy
Walaupun mummy maklum Zizou memang suka merajuk
Pasal orang tua-tua cakap
Ada urat bersilang di mata Zizou
Tapi biasalah Zizou kan anak seorang
Mestilah manja dengan mummy

 
Zizou si alai buah hati
Mummy tinggalkan Zizou kerana tuntutan kerja
Mummy cari duit untuk kita
Supaya dapat bantu daddy
Untuk beli makanan kita sekeluarga
Untuk beli pampers dan baju Zizou
Untuk beli segala yang terbaik bagi Zizou

 
Zizou alaiku sayang
Mummy tinggalkan Zizou dengan daddy
Waktu malam Zizou tidur dengan daddy
Daddy akan letak baju mummy sebelah Zizou
Sebagai pengubat rindu Zizou

 
Zizou anak mummy
Buah hati mummy dan daddy
Kami tahu Zizou baby yang baik
Walaupun mummy jauh terpaksa outstation
Mummy sentiasa doakan Zizou
berada dalam keadaan yang menggembirakan


Jadi Zizou
Bila mummy kembali semula berjumpa dengan Zizou
Mummy lega Zizou sihat
Zizou lega dapat bersama dengan mummy
Dan mummy tidak kisah
Walau berapa lama Zizou mahu berpeluk dan bergayut
Kerana itu hak Zizou
Dan kerana mummy sayangkan Zizou

 
Bak lirik Dewi nyanyian Dewa 19
Zizou
Kaulah hidupku
Aku cinta padamu sampai mati

 

 

 

Papa Jahat?

April 2nd, 2007 by naiaz

Mula-mulanya. aku macam
heran kenapa ramai orang cukup tidak setuju dengan lagu ni diperdengarkan di
radio. Rata-rata ramai yang menyokong supaya lagu ni digam dan menyatakan
amatlah tidak patut lagu sebegini dicipta di environment Malaysia yang
majoritinya orang Melayu dan beragama Islam.

 

Sebenarnya, aku pun bukan faham lagu ni cerita pasal apa. Cukup tidak
faham. Yang aku tau, lagu ni amat la upbeat sampai everytime aku dengar di
radio mesti aku rasa macam mau menari.

 

Aku pernah tanya adik aku kenapa orang kecoh-kecoh tidak setuju dengan lagu
ni. Adik aku bagitau lagu ni cerita pasal sumbang mahram.
Ohh.. ya ka… oleh kerana aku
terlalu curious, aku sendiri surf di Internet. Dan ternyata, lepas aku baca
liriknya pun, still aku tidak faham apa kaitan sumbang mahram dengan lagu ni.

 

Correct me if I’m wrong, aku rasa lagu ni pasal seorang isteri yang cukup
bengang dengan suaminya kerana menyangka suaminya main kayu tiga.
And the husband pula boleh mengomen pasal isterinya
kurang memberi layanan? I guess so.

 

Sesungguhnya, aku bukan orang seni. Buat lagu ka, main muzik ka, melukis
ka, semua serba aku tidak pandai langsung dan aku boleh kategorikan myself as
bengap in art. Yang aku tau, aku pandai menyanyi dan suara aku sedap..hehehe…
puji diri sendiri kerana orang pun ramai puji aku. Jangan marah…

 

Well, maybe the lyric is
not the big issue here. The issue is maybe mainly at the title and the chorus
part of the song itself. Papa Jahat? Apa punya tajuk la macam tu. Macam tiada
tajuk lain saja yang boleh difikirkan. Lepas tu buat chorus Papa Jahat, Papa
Jahat berulang-ulang. Best la pula rentak korus tu.

 

Kalau aku punya concern
la, adalah pada lagu tu yang mempunyai beat yang amatlah rancak dan catchy di
telinga orang-orang muda (termasuklah kanak-kanak), berserta dengan phrase Papa
Jahat yang amatlah senang disebut. Lagu-lagu macam ni memang senang dijadikan
ikutan di kalangan kanak-kanak (walaupun yang baru pandai bercakap) dan remaja.

 

Sekiranya pencipta lagu ni
seorang Papa then dia akan faham kenapa ramai orang menyampah dengan lagu ni. Bayangkan
if Cat Farish ada anak umur 1-2 tahun yang baru pandai sebut perkataan Papa dan
Mama. Lepas tu anak dia boleh menyanyi lagu Papa Jahat, Papa Jahat sambil buat
breakdance berguling-guling atas lantai (konon mau tunjuk dia pandai menyanyi
le tu) without understanding what the real meaning behind the phrase is. Habis rosak  pemikiran anak-anak tu.

 

Atau pun, anak dia faham,
lepas tu menjadikan lagu ni sebagai alat memberontak kepada Papanya. Kan ke kes
naya tu. Kalau perkara ni terjadi lepada batang hidung mereka sendiri, time tu baru
la orang yang bertanggungjawab mencipta dan menyanyikan lagu ni, rasakan
pembalasan si pitung! Hahahaha..

 

Jadi moralnya, lagu ni
sebenarnya membuatkan kanak-kanak disrespect kepada papa-papa mereka.
Kesian kepada
bapa-bapa yang digelar Papa dan bukan Abah, Ayah, Bapa, Daddy, Abi dan
sebagainya la yang berkaitan.

 

Jadi, lagu ni memang sepatutnya digam. Or just change the lyrics to make it a better and well-mannered song. That’s
all.

 

 

Aku, Sengkuang Cina dan Longan Kering

March 28th, 2007 by naiaz

Dalam haru biru aku yang semangat untuk
menambahkan production susu, aku pakai lagi nasihat yang aku dapat dari
Internet – minum air sengkuang cina dan air longan kering.

Images

So, adalah satu pagi tu, aku berkunjung ke Anjung
untuk tapau breakfast. Sambil-sambil tu, aku sempat menyinggah ke kedai runcit,
aku beli lah air sengkuang cina or in omputih, water chestnut drink.

Sedap juga la rasanya, macam rasa air tebu + teh
bunga. Hasilnya? Boleh la dibanggakan. Tiada la banyak sangat. Tapi aku perasan
la susu ada bengkak sedikit. Adalah bertambah 1 oz dari sesi pemerahan yang
biasa-biasa aku buat.

Sebelah petangnya pula, on the way aku balik ke
rumah, aku singgah sebentar ke kedai ubat cina. Aku pun tanya la singseh tu
kalau2 ada longan kering. Dia kata ada. Excitednya aku. 100g untuk RM3.50. So,
aku beli la 100g sahaja dulu.Dried_longan

Sampai rumah, aku rebus la kira2 50g longan kering
tu, masukkan sedikit gula. Untuk minum, aku ambil sedikit air longan kering
yang manis tu, aku bancuh lagi sedikit dengan air masak biasa. Sedap juga. Macam
air longan yang aku mmg suka minum selalu. Aku siap makan lagi longan kering
tu.

Hasilnya? Kira-kira jam 9.30 malam, aku perasan yang
susu aku betul-betul bengkak. Aku jadi excited. Aku try bagi Zizou minum dia
tidak mahu. Aku try perah, tapi tidak keluar. Aku jadi hairan. Susu ni betul2
bengkak sampai aku rasa sakit. Tuam pakai tuala panas pun tidak jalan.

Maka, malam tu aku tidur dalam kesakitan yang amat
dan tidur yang tidak lena. Tidak lena kerana dada yang sakit dan bengkak. Ditambah
pula dengan anak aku yang suka tidur sambil menendang kakinya nan lasak. Kesudahannya
di sebelah pagi, husband aku tanya kenapa aku tidur di kaki katil. Aku kata
sakit pasal Zizou suka tendang. Lepas tu, aku pula jadi demam. Kes naya.

Besoknya, aku decide jumpa doktor. Doktor
tu bagitau yang susu aku sudah tersumbat dan beku. Dia ajar aku urut breast dan
nasihat supaya tuam dengan tuala panas. Time doktor tu urut (nasib baik doktor
perempuan), punya la aku mengerekot sambil mengalirkan air mata kerana
kesakitan. Hari tu, aku dapat MC.

Sampai di rumah, aku buat sesi mengurut. Bengkak masih
belum berkurangan tapi sakit tu ada lah kurang sikit. Nasib baik aku hantar
Zizou ke rumah pengasuhnya, boleh la aku berehat sekejap menggantikan tidur aku
semalam.

Dan sampai hari ini, susu aku masih bengkak
sebelah. Apa la nasib. Aku akan tunggu sehari lagi. Kalau masih bengkak juga
besoknya, aku akan call bidan untuk mengurut susu aku kot2 la tangan bidan yang
mengurut ni mujarab. Ada orang kata letakkan kubis dekat susu boleh selesaikan
masalah aku. Tapi dorang kata, kubis tu bagi kering. Takut juga la aku kalau
kering.

Kesimpulannya, sengkuang cina dan longan kering memang mujarab menambahkan susu. Sampai terlebih-lebih. Sehinggakan suami aku melarang aku minum air longan kering lagi. Aku rasa la, aku ni saiz kecil, susu pula banyak sangat, tu la jadi sampai tersumbat. Macam bottle neck di Federal Highway, highway 3-4 lane ja, tapi kereta banyak sangat, tu pasal la jam. Milk_cow

Moralnya pula, semangat tu boleh tapi jangan sampai
tamak. Berusaha la selagi termampu tapi jangan sampai extreme. Bak kata kawan aku, Tuhan tahu nawaitu kita
untuk memberi yang terbaik to our children. Kalau kita bagi baby kita susu
formula, itu tidak menjadikan kita ibu yang jahat.

Namun begitu, selagi boleh, carilah ilmu dan
berikanlah bayi kita susu original. Jangan cepat memberi alasan. Hanya dengan
ilmu itu maka kita tahu kita akan lebih bersedia untuk memberi yang terbaik
kepada anak kita.Breastfeed

Kepada lelaki-lelaki di luar sana, galakkanlah
isteri untuk menyusukan bayi kamu. Percayalah, galakan kamu itu akan membuat
kamu lebih disayangi oleh isteri. Dan aku bersyukur, aku mendapat galakan yang
tidak berbelah bagi dari suami dan mama aku (walaupun mama aku jauh di Labuan).

Aku dan Susu

March 27th, 2007 by naiaz

Nota awal - aku adalah penyokong amalan memberi susu ibu kepada baby. Dan aku bukanlah anti susu formula. Bagi aku, susu formula perlu dilihat sebagai alternatif terakhir sekiranya pelbagai usaha untuk memberi susu ibu tidak berhasil.

Sejak masuk kerja balik ni,
barulah aku perasan yang performance aku dalam pemerahan susu ni amat lah lousy
jika dibandingkan dengan ibu yang menyusukan anak yang lain. Kalau ibu lain
boleh senang-senang reach to 5-6 oz sekali pam (paling kurang pun 4 oz), aku
pula hanya boleh dapat 2 oz (paling banyak pun selalunya 3 oz).

 
Mungkin kerana pasal aku sekarang
sudah kembali bekerja, maka sesi direct breastfeeding tu pun sudah menjadi
kurang. Alhamdulillah, kalau direct breastfeeding, aku rasa bekalan susu masih
cukup. Kalau express susu guna pam, maka hasilnya kureng sket. Macam yang aku pernah baca, cara suction baby dan
pam adalah berbeza.
Oleh itu, boleh la kita expect kalau pam susu ni
memang la akan kurang lumayan hasilnya berbanding sekiranya dihisap oleh baby
kita sendiri.

 
Oleh kerana aku masih juga tidak
mahu menyerah kalah buta-buta, maka aku pun banyak la berusaha untuk mengambil
makanan-makanan yang dipercayai boleh menambah susu badan. Contohnya seperti
lobak putih, soya, tempe, kurma, air water chestnut, oat, sawi, kobis, halba,
jantung pisang – ada la hasilnya sedikit, tapi kalau sampai membuatkan susu
sampai melimpah tu belum lagi la.

 
Semua yang aku makan di atas,
kebanyakkannya aku masak sendiri dan akhirnya suami aku pun turut makan juga.
(Nasib baik lelaki tidak boleh produce susu, kalau lah boleh….hahahaha). Doktor
keluarga aku pun ada bagi aku pil yang boleh tambah susu, tapi setakat ni aku
rasa macam biasa saja.

 
Kesimpulannya, aku rasa aku perlu
lebih bertenang dan tidak terlalu pening memikirkan pasal susu ni. Sebab kalau
aku tension pun, most probably akan mengganggu hormone aku untuk proses susu
dengan banyak. (tapi macamana la aku dapat kurangkan kepeningan aku ni. everytime
buka fridge, mesti akan terlihat yang stok susu semakin hari semakin
berkurangan..huwaaa)
Setiap kali lepas sembahyang pun, aku akan banyak berdoa supaya
anak aku dimurahkan rezeki dan aku masih boleh terus berikan Addin Zidane susu
original.

 

 
Dan sampai sekarang la aku masih makan makanan-makanan seperti yang disebut
di atas. Walaupun aku sudah top-up bekalan susu anak aku di rumah pengasuh
dengan susu formula, tapi aku masih pastikan dia hanya dapat 1 atau 2 kali meal
sahaja dengan susu formula, in case kalau susu perahan yang aku bagi sudah
habis. Ini pasal aku bukan bagi pengasuh Zizou susu formula dalam tin, tapi
dalam bekas susu yang aku sudah sukat siap-siap. Hehehe..

 
Semoga susu aku akan berlimpah ruah, dan aku tidak perlu bekal susu formula
lagi kepada Zizou di masa akan datang. Selagi anak aku consume susu formula,
selagi tu la aku akan menjadi ibu yang paranoid every time anak aku kena ruam,
demam, batuk, selsema dan sebagainya.